Berita Harian

Sarawak sasar jadi kuasa sukan negara

Beri tumpuan penyediaan fasiliti bertaraf antarabang­sa

- Oleh Sandra Albertz

Kemudahan Kompleks Su Petra Jaya, di sini ba ngan penyediaan pelbagai fasiliti sukan bertaraf dunia seperti velodrom lumba basikal, padang ragbi, padang kriket, lapang sasar, gelanggang muaythai dan tinju.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata ia sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri dalam menjadikan kompleks berkenaan sebagai pusat sehenti, khusus dalam melahirkan lebih ramai atlit berbakat dalam aktiviti sukan berkaitan.

Malah, beliau menjelaska­n kementeria­nnya juga sedang merancang membina semula gelanggang sepak takraw di Kompleks Sukan Petra Jaya bagi mencapai sasaran kerajaan negeri menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan utama negara ini.

“Kita sudah bermesyuar­at dengan Perbadanan Sukan Sarawak berhubung perkara ini. Ia termasuk membincang­kan hasrat menaiktara­f semua kemudahan berkaitan di Kompleks Sukan Petra Jaya.

“Ini beberapa fasiliti baharu yang kita rancang untuk dibangunka­n bertujuan menjadikan kompleks berkenaan sebagai pusat sehenti pembanguna­n sukan dan atlit muda kita yang berpotensi menjadi jagoan antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melepaskan kumpulan pelumba bagi kategori Lelaki Junior XCO Cabaran Basikal Lasak Antarabang­sa Siol 2017 di Bukit Siol, Jalan Semariang, di sini anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), semalam.

Bertaraf dunia

Kenyataan Abdul Karim sebagai mengulas hasrat Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sebelum ini untuk membangunk­an lebih banyak kemudahan sukan bertaraf dunia di kawasan berhampira­n Stadium Negeri, di sini.

Beliau ketika mengulas lanjut, berkata sejak sekian lama, negeri ini melahirkan ramai atlet dalam pelbagai bidang sukan sehingga mewakili negara dalam pelbagai temasya sukan dunia termasuk Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

“Banyak lagenda sukan negara lahir dan datang dari Sarawak. Justeru, usaha itu perlu terus kita perkasakan agar lebih ramai atlet muda yang berbakat dapat kita lahirkan untuk mewakili negeri dan negara.

“Ini memang sasaran utama kita, untuk menjadikan Sarawak sebagai kuasa sukan terulung bukan sahaja di Malaysia, bahkan di peringkat serantau melalui penyediaan pelbagai kemudahan sukan bertaraf dunia.

“Itu (velodrom lumba basikal) juga adalah sasaran kita, saya sudah dimaklumka­n Ketua Menteri untuk melihat perkara ini, sebenarnya kemudahan terbabit dalam pemantauan dan perancanga­n kita walaupun kosnya agak tinggi,” katanya.

Beliau tidak dapat memberikan butiran bila kemudahan sukan yang dirancang terbabit akan mula dibina kerana akan bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan negeri dan kelulusan dari Kabinet negeri.

“Kita tahu untuk membangunk­an prasarana seperti ini akan memakan belanja yang amat besar, sehubungan itu kita akan melihat dari segi keutamaan pembinaann­ya dan sokongan kerajaan negeri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia