Berita Harian

Majlis Daerah Tongod mula operasi 1 Januari

-

Tongod: Pewujudan Majlis Daerah Tongod yang diluluskan Kabinet negeri pada 19 April lalu, akan beroperasi secara rasmi mulai 1 Januari depan, sekali gus merancakka­n lagi pembanguna­n di daerah ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor, berkata penubuhan majlis daerah baharu itu juga bakal menyediaka­n perkhidmat­an terbaik dan tersusun kepada penduduk dalam kawasan berkenaan.

“Kelulusan terhadap pewujudan Majlis Daerah Tongod itu diputuskan Kabinet negeri selepas kajian serta pembentang­an dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah mengenai perkara itu.

“Sehubungan itu, Majlis Daerah Tongod dapat memastikan pem bangunan dilaksanak­an lebih tersusun dan memberi perkhidmat­an terbaik kepada penduduk,” katanya selepas taklimat operasi Majlis Daerah Tongod daripada Pegawai Daerahnya, Robert Stidi, di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Masiung dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Berjalan lancar

Mengulas lanjut, Hajiji yakin Majlis Daerah Tongod dapat menyelesai­kan masalah setempat seperti berkaitan sampah, kebersihan serta berkaitan lesen perniagaan.

Beliau berkata, persediaan sudah dilakukan Pejabat Daerah Tongod memastikan operasi majlis daerah itu berjalan lancar sejak mendapat status daerah penuh pada 1 Mac 1999.

Sebelum ini, Tongod berada di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Kinabatang­an.

Sementara itu, Masiung berkata, pewujudan majlis daerah itu membolehka­n Tongod yang mempunyai lebih 46,000 penduduk terus melonjak dari segi pembanguna­n prasarana dan ekonomi.

“Lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan dapat diwujudkan terutama kepada penduduk tempatan berasal dari Tongod,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pelantikan 18 jawatan ahli majlis daerah mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO), golongan profesiona­l dan ahli politik akan dilakukan untuk mendapat pandangan mereka ke arah membangunk­an Tongod.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia