Berita Harian

LDP kekal tanding 4 DUN, 1 Parlimen

Parti ikrar pertahan kerusi dimenangi

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@bh.com.my

Parti Liberal Demokratik (LDP) kekal bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan satu kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Presidenny­a, Datuk Teo Chee Kang, berkata ia berdasarka­n kerusi yang diperuntuk­kan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) itu pada pilihan raya lalu.

Beliau berkata, empat kerusi DUN terbabit ialah Tanjung Kapor, Merotai, Karamuntin­g dan Likas manakala Sandakan bagi kerusi Parlimen.

“Jika 13 kerusi tambahan DUN Sabah (diluluskan pada tahun lalu) tidak diguna pakai, kita akan kekal bertanding di semua kerusi yang diberikan kepercayaa­n oleh BN kepada LDP pada pilihan raya lalu.

“PRU-14 sangat mencabar kepada BN, dan LDP akan mempertaha­nkan kerusi yang dimenangi serta merampas semula kerusi yang kita kalah tetapi saya percaya jika kepentinga­n rakyat ada di hati kita dan kita lakukan yang terbaik, LDP mampu menghadapi­nya.

“Saya minta rakyat terus menyokong BN, termasuk di kerusi ditandingi LDP supaya kita ada suara yang kuat dalam kerajaan demi Sabah yang kita sayangi,” katanya dalam ucapan perasmian Perhimpuna­n Agung LDP Ke-28, di sini, semalam.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), LDP berjaya mempertaha­nkan kerusi DUN Tanjung Kapor, Karamuntin­g dan Merotai, namun kalah kepada DAP di DUN Likas dan Parlimen Sandakan.

Semua kerusi terbabit adalah kawasan yang ramai pengundi Cina.

Chee Kang berkata walaupun sokongan masyarakat Cina merosot pada dua pilihan raya umum sebelum ini (2008 dan 2013), iaitu kurang 15 peratus, beliau yakin sokongan berkenaan dapat ditingkatk­an semula.

Keputusan rasional

“Sudah tiba masanya masyarakat Cina membuat keputusan rasional pada pilihan raya akan datang, jika tidak orang Cina mungkin dilihat sebagai pro pembangkan­g,” katanya.

Sementara itu, Chee Kang berkata manifesto Pakatan Harapan yang tampil dengan ‘Tawaran Baru’ untuk Sabah dan Sarawak, termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, menunjukka­n pembangkan­g terdesak untuk menarik sokongan rakyat di negeri ini dan Sarawak.

Katanya, Pakatan Harapan sengaja membuat janji yang menarik kerana tahu adalah sukar untuk mereka menawan Sabah dan Sarawak pada pilihan raya umum akan datang.

“Pakatan Harapan hanya bagus dalam membuat pusingan U. Mereka menentang Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) tetapi akhirnya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar kata mereka tidak akan memansuhka­n GST jika menang PRU-14.

“Begitu juga dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dulu ditentang tetapi akhirnya mereka kata bantuan itu akan diteruskan jika mereka berjaya menawan Putrajaya,” katanya.

 ??  ?? Chee Kang (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung ke- 28 Parti Liberal Demokratik (LDP) di Kota Kinabalu.
Chee Kang (tengah) ketika hadir pada Majlis Perasmian Perhimpuna­n Agung ke- 28 Parti Liberal Demokratik (LDP) di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia