Berita Harian

Hanya RM2 gunting rambut di kedai Kak Mek

-

Sarikei: Mungkin sukar untuk mencari tukang gunting rambut yang menawarkan perkhidmat­an semurah RM2, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa yang serba-serbinya mahal.

Namun bagi seorang warga emas, Jerah Lejo, 64, beliau memilih untuk mengenakan kadar semurah itu agar tidak membebanka­n pelanggann­ya.

Tak naikkan harga sejak 30 tahun lalu

Lebih menarik, apabila kedai gunting miliknya yang lebih dikenali sebagai Kak Mek di Jalan Ixora, di sini tidak pernah menaikkan harga berkenaan sejak 30 tahun lalu.

“Saya berjinak- jinak dalam bidang ini sejak menerima latihan profesiona­l pada tahun 1985. Selepas menjalani kursus, saya mula memberanik­an diri mengguntin­g rambut kanak-kanak sebelum membuka perkhidmat­an kepada pelanggan dewasa.

Amal jariah

“Kadar bayaran hanya caj RM2 kepada setiap pelanggan yang mengguntin­g rambut di sini,” katanya ketika kepada BH, di sini, semalam.

Menurut Jerah, meskipun pulangan yang diperolehn­ya hanya sekadar menampung keperluan harian, namun tidak pernah berniat untuk menaikkan kadar tersebut.

Apa yang penting, katanya, beliau hanya mahu memberi perkhidmat­an gunting rambut kepada pelanggan dengan caj yang jauh lebih murah berbanding kadar biasa.

“Selebihnya saya menganggap kerja ini sebagai amal jariah. Sehingga hari ini, saya masih lagi menerima pelanggan yang sebahagian besarnya kanak-kanak.

“Kedai saya hanya beroperasi di anjung rumah dan dibuka bermula jam 8 pagi 2 petang. Kadar bayarannya tetap sama... hanya RM2,” katanya.

 ?? [FOTO KHALID LATIP/BH] ?? Jerah mengenakan kadar semurah RM2 untuk mengguntin­g rambut pelanggann­ya.
[FOTO KHALID LATIP/BH] Jerah mengenakan kadar semurah RM2 untuk mengguntin­g rambut pelanggann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia