Berita Harian

SPRM Sabah minta lebih ramai jadi ahli GERAH

Bantu salur maklumat untuk perangi rasuah, salah guna kuasa

- Oleh Suzianah Jiffar suzianah@bh.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah mahu lebih ramai orang awam dan kakitangan kerajaan menjadi ahli Gerakan Revolusi Antirasuah (GERAH) bagi membantu agensi itu memerangi rasuah atau salah guna kuasa.

Timbalan Pengarah Operasi SPRM Sabah, Hasbilah Mohd Salleh, berkata setakat ini lebih 6,000 orang menjadi ahli GERAH di Sabah sejak diwujudkan tahun ini.

Alu-alukan penyertaan

“Kita mahu lebih ramai orang awam dan kakitangan kerajaan menjadi ahli GERAH supaya dapat memberi maklumat berhubung salah guna kuasa serta rasuah di negeri ini.

“Kita mengalu-alukan penyertaan ramai kerana orang awam dan kakitangan kerajaan lebih tahu apa yang berlaku di persekitar­an mereka.

“Ahli atau sahabat GERAH boleh membantu menyampaik­an maklumat berkaitan rasuah kerana kakitangan SPRM cuma ada 130 orang di seluruh negeri ini,” katanya pada sidang Hasbilah Mohd Salleh, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Sabah media selepas melancarka­n Program Konvoi Kembara Jelajah Antirasuah (KEJAR) 2017 di sini, semalam.

Mengenai kesedaran memberi maklumat berkaitan rasuah, Hasbilah berkata, ia semakin meningkat dan lebih ramai berani tampil membantu.

“Kita dapati program bersama masyarakat seperti KEJAR amat bermakna kerana mereka di akar umbi lebih tahu mengenai SPRM dan yakin untuk tampil memberi maklumat.

“Ada yang datang ke pejabat dan ada yang menghubung­i kita menerusi telefon atau emel untuk menyampaik­an maklumat,” katanya.

Konvoi KEJAR 2.0

Katanya, kesedaran awam semakin meningkat selepas melihat tindakan tegas dan agresif SPRM dalam memerangi rasuah serta salah guna kuasa.

Justeru, katanya, tidak timbul lagi isu ‘ikan bilis’ atau ‘jerung’ kerana semua akan disiasat.

Sementara itu, Konvoi KEJAR 2.0 disertai kira-kira 10 unit pacuan empat roda sejauh 30 kilometer bermula di pekarangan Wisma One Sulaman Sektor Pencegahan SPRM Sabah sehingga ke Kampung Simpangan, Tuaran.

Ahli atau sahabat GERAH boleh membantu menyampaik­an maklumat berkaitan rasuah kerana kakitangan SPRM cuma ada 130 orang di seluruh negeri ini”

 ?? [FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] ?? Hasbilah (tengah) melepaskan Konvoi KEJAR 2.0 ke Kampung Simpangan, Tuaran pada Program Konvoi Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR) 2017 di Kota Kinabalu.
[FOTO MOHD ADAM ARININ/BH] Hasbilah (tengah) melepaskan Konvoi KEJAR 2.0 ke Kampung Simpangan, Tuaran pada Program Konvoi Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR) 2017 di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia