Berita Harian

Datuk, anggota Maritim ditahan

Wanita keturunan Vietnam bergelar Datuk dan 5 anggota Maritim Malaysia antara 22 ditahan SPRM dalam Ops Armada disyaki rasuah, salah guna kuasa. Wang RM1.9 juta dirampas, akaun bank RM2 juta dibekukan

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Seorang wanita berketurun­an Vietnam dan bergelar Datuk antara 22 individu ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam serbuan khas Ops Armada di lima negeri, kelmarin, kerana disyaki terbabit dalam salah guna kuasa dan rasuah berhubung penceroboh­an nelayan asing di perairan negara.

Dalam operasi itu, SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM1.9 juta, empat kereta mewah dan membekukan 44 akaun bank berjumlah RM2 juta milik suspek.

Selain wanita itu yang juga jurubahasa sambilan, turut ditahan suaminya, seorang rakyat tempatan berusia 36 tahun.

Enam penjawat awam iaitu lima penguat kuasa Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), termasuk Timbalan Pengarah Logistik Sabah berusia 45 tahun dan seorang pegawai Jabatan Perikanan antara 22 yang ditahan.

Selebihnya, lapan warga tempatan dan tujuh warga Vietnam.

Sembilan daripada 22 individu itu ditahan di Pahang, Sabah (lima), Sarawak (empat), Terengganu (tiga) dan seorang lagi di Labuan.

Datuk disyaki ketua sindiket

Suspek wanita warga Vietnam itu dipercayai mendapat gelaran Datuk tahun ini, disyaki ketua sindiket antarabang­sa yang berpangkal­an di sebuah negeri di Pantai Timur Semenanjun­g dan dikatakan sudah berkahwin dengan rakyat tempatan.

Wanita itu juga dipercayai menjadi orang tengah antara penguat kuasa negara dengan sindiket antarabang­sa, khususnya warga Vietnam yang masuk dan mengaut hasil laut di perairan negara.

Penguat kuasa negara yang ditangkap itu pula disyaki menerima sogokan berjumlah puluhan ribu ringgit daripada ejen, selain merundingk­an untuk melepaskan atau memastikan hukuman ringan untuk nelayan asing ditahan.

Sementara warga tempatan itu pula difahamkan terdiri daripada mereka yang menjadi ejen serta nelayan dan pengusaha bot yang bersekongk­ol dengan sindiket berkenaan.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, berkata Ops Armada dijalankan menerusi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Maritim Malaysia berikutan penceroboh­an nelayan asing di perairan Malaysia, terutama oleh warga Vietnam, begitu membimbang­kan.

“Berdasarka­n maklumat siasatan, kita mendapati nelayan asing ini menceroboh perairan negara menggunaka­n tiga modus operandi (MO), iaitu menceroboh terus, menggunaka­n bot klon dan menggunaka­n permit nelayan tempatan.

“Operasi ini dilaksanak­an selepas kami mendapati wujudnya rasuah dan salah guna kuasa berhubung penceroboh­an nelayan asing menggunaka­n orang tengah (ejen) bagi berunding dengan agensi penguat kuasa Malaysia agar tindakan tidak diambil terhadap mereka,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar; Timbalan Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya dan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani.

Cuba sogok pegawai tinggi

BH sejak minggu lalu membuat pendedahan mengenai penceroboh­an nelayan asing di perairan negara yang dipercayai diatur sindiket antarabang­sa untuk merompak hasil laut.

Malah, wartawan dan jurugambar BH sendiri turut menyaksika­n sendiri MO mereka di Laut China Selatan selama seminggu dan mengesan cubaan menyogok Pegawai Pemerintah KM Pekan, Kapten Robert Teh Geok Chuan bagi mengelakka­n kapal mereka diperiksa.

Dzulkifli berkata, penceroboh­an dan merompak hasil laut negara banyak berlaku perairan Pantai Timur Semenanjun­g, Johor, Sabah dan Sarawak.

“Kami bukan sekadar menyiasat di perairan Malaysia, malah pegawai kami turut ke Vietnam untuk mengumpul maklumat berhubung kegiatan itu dan menerusi intipan kami mengenal pasti empat jeti di Vietnam terletak berhampira­n perairan Malaysia yang memudahkan nelayan asing bolos ke perairan kita,” katanya.

Menjawab pertanyaan wartawan, Dzulkifli berkata, dalam urusan berkaitan sogokan wang bagi mengelak tindakan undang-undang, mereka mengesyaki pembayaran serendah RM50,000 dibuat.

Katanya, SPRM juga akan mengkaji sistem dan prosedur agensi bertanggun­gjawab dalam memelihara perairan Malaysia bagi memastikan kegiatan itu dibendung.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Dzulkifli bersama Zulkifili dan Azam (kiri) menunjukka­n gambar rampasan SPRM pada sidang media di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Dzulkifli bersama Zulkifili dan Azam (kiri) menunjukka­n gambar rampasan SPRM pada sidang media di Putrajaya, semalam.
 ?? [FOTO IHSAN SPRM] ?? dalam serbuan khas Ops Armada di lima negeri, kelmarin.
[FOTO IHSAN SPRM] dalam serbuan khas Ops Armada di lima negeri, kelmarin.
 ??  ?? Antara kereta mewah dan wang tunai yang dirampas
Antara kereta mewah dan wang tunai yang dirampas
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia