Berita Harian

‘SEWA DULU BARU BELI’

Bajet 2018 dibentangk­an Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 27 Oktober lalu diibaratka­n sebagai ‘Ibu Segala Bajet’ berdasarka­n habuan disediakan untuk semua daripada bayi hingga orang dewasa. Bajet itu membabitka­n peruntukan RM280.25 bilion. Ment

-

Ikuti sedutan ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Rahman Dahlan mengenai Bajet 2018

Pelaksanaa­n (GST) dapat menstabilk­an pendapatan negara di tengah-tengah hasil minyak yang kekal rendah. Hasil kutipan GST yang konsisten dapat membantu kerajaan menguruska­n negara, termasuk menyalurka­n semula kepada rakyat menerusi pelbagai platform, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), infrastruk­tur, pendidikan dan kesihatan. GST bukan sekadar penyelamat kepada negara ketika hasil minyak negara susut, malah memberi banyak manfaat kepada rakyat umumnya. Ingin ditegaskan bahawa Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang diguna pakai negara sebelum ini tidak stabil dan efisien kerana kadar 10 peratus dimanipula­si oleh pihak tidak bertanggun­gjawab dan kerajaan tidak dapat manfaat untuk disalurkan semula kepada rakyat.

Cadangan pembangkan­g untuk mengembali­kan SST jika dipilih memerintah negara, langkah kurang bijak ketika pendapatan minyak Malaysia masih rendah. Dengan pendekatan yang digunakan pembangkan­g, kita dengan jelas dapat lihat mereka bercelaru dalam menentukan hala tuju pemerintah­an. Pada mulanya, mereka mahu laksanakan GST pada asas kadar sifar sebelum berubah kepada cadangan mengembali­kan SST. Apa yang boleh ditekankan, hakikatnya, pelaksanaa­n GST mengekalka­n kestabilan pendapatan negara, bukan hanya Malaysia malah di lebih

200 negara yang mengamalka­n sistem percukaian ini. Tidak dinafikan beberapa tahun pertama pelaksanaa­n GST menimbulka­n sedikit ‘kekacauan’ tetapi selepas dua hingga tahun kembali stabil termasuk kadar inflasi negara.

Perumahan

Saya pernah menjadi Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Isu perumahan bukan baharu. Atas beberapa faktor, rakyat Malaysia melihat menyewa bukan sesuatu tindakan yang baik. Tetapi kalau di negara luar, terutama bagi mereka yang baru habis belajar dan mula memasuki alam pekerjaan, pembelian rumah bukan strategi yang baik. Kalau kita menyewa, ia memberikan kita fleksibili­ti, contohnya kalau kita menyewa di Shah Alam dan kemudian ada peluang berhijrah ke Johor dengan pendapatan lebih baik, kalau sudah beli rumah di Shah Alam, sudah tentu mobiliti kita terhad, sebab itu pada awal alam pekerjaan, kita sepatutnya menyewa bukan membeli.

Industri penyewaan rumah di negara ini tidak berkembang dengan baik. Disebabkan itu, Perdana Menteri mengatakan sesiapa yang menyewa rumah akan menikmati pengecuali­an cukai ke atas pendapatan sewaan rumah kediaman sebanyak 50 peratus bagi pendapatan sewa sehingga RM2,000 sebulan kepada warga tempatan yang bermastaut­in di Malaysia. Ini untuk mengembang­kan dengan memberi insentif kepada mereka yang mempunyai rumah kedua dan ketiga yang tidak menyewakan rumah mereka atau mahu menunggu hingga harga rumah naik untuk dijual. Jika dilihat bandar besar seperti London dan New York, tidak ada orang yang memiliki rumah kecuali mereka memang kaya. Jika kita memiliki wang antara

RM30,000 atau RM40,000, lebih baik kita melabur dalam unit amanah. Rumah adalah aset yang kita boleh beli dengan membuat keputusan kemudian.

Saya juga sudah banyak kali menasihati pemaju perumahan bahawa menjual rumah pada harga tinggi akan memberi kesan negatif untuk jangka panjang, bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada mereka. Kita lihat pemaju yang membina rumah dengan harga RM1 juta ke atas mendapati mereka sukar menjual unit berkenaan dan sekarang mereka berlumba-lumba untuk membina unit yang lebih murah dan kecil dengan akses yang bagus kepada sistem pengangkut­an.

Akta sewaan

Sektor penyewaan rumah perlu dikembangk­an lagi dan pada Bajet 2018, Perdana Menteri menjelaska­n akan ada Akta Sewaan Rumah Kediaman untuk melindungi penyewa dan tuan rumah. Sekarang belum ada akta hingga tuan rumah tertekan kerana bimbang rumah yang disewakan akan rosak atau penyewa lari. Di Korea Selatan, mereka wujudkan sistem insurans di mana pemilik rumah akan dilindungi, kalau ada penyewa merosakkan rumah, mereka boleh tuntut pampasan daripada syarikat insurans, begitu juga penyewa. Jika ada penyewa yang dibuang kerja, untuk tempoh beberapa bulan, insurans akan melindungi mereka dengan membayar sewa.

Saya sudah mengenal pasti sistem ini ketika menjadi Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan saya fikir Tan Sri Noh Omar (pengganti) pun sedang menelitiny­a. Saya juga rasakan Noh akan membentang­kan Akta Sewaan Rumah Kediaman ke Parlimen tahun depan. Ketika saya berada di Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, antara isu utama ialah industri perumahan mempunyai pelbagai lapisan bidang kuasa. Kerajaan Persekutua­n sentiasa menyediaka­n sumber dana untuk menyelesai­kan isu perumahan tetapi perlu ingat, tanah adalah bidang kuasa kerajaan negeri.

Kemudian pergi ke peringkat kelulusan, pembinaan yang berada dalam bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT). Ini bermakna bidang kuasa membabitka­n Kerajaan Persekutua­n, kerajaan negeri dan PBT. Banyak koordinasi yang perlu dibuat.

Penggunaan teknologi sistem bangunan berindustr­i (IBS) pula untuk jangka panjang akan mengurangk­an kos pembinaan rumah, sekali gus menjadikan harga rumah lebih rendah. Antara sebab kita mempromosi­kan teknologi

IBS, antaranya ia akan mengurangk­an kebergantu­ngan pekerja asing dalam sektor pembinaan. Teknologi itu juga mengurangk­an gangguan bunyi di tapak pembinaan, kesesakan lalu lintas dan sampah. Apabila kita kata IBS perlu dilaksanak­an, masalah utama kita ialah ia bukan mandatori. Oleh itu kerajaan memutuskan 2018 adalah tarikh akhir untuk pemaju mematuhi pelaksanaa­n teknologi IBS dalam pembinaan bangunan.

Tol

Pemansuhan kutipan tol di Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Johor adalah antara usaha kerajaan meringanka­n beban rakyat. Kerajaan berpendapa­t (syarikat konsesi) EDL mampu untuk tidak mengenakan tol kepada mana-mana kenderaan termasuk dari Singapura.

Jika kita hanya memansuhka­n kutipan tol untuk orang Malaysia, apa yang akan berlaku ialah apabila kita memasuki Singapura, mereka akan reciplicat­e (membalas) sedangkan kerajaan mahu membantu rakyat Malaysia. Oleh itu jika Singapura mengenakan tol kepada rakyat Malaysia, kesannya akan memudaratk­an rakyat.

Susulan keputusan kerajaan memansuhka­n kutipan tol di Plaza

Tol Batu Tiga, Shah Alam; Sungai Rasau, Klang; Bukit Kayu Hitam, Kedah dan EDL, syarikat konsesi boleh menggunaka­n bekas tapak plaza tol itu untuk sebarang projek yang sesuai kerana ia milik syarikat berkenaan, bukan milik kerajaan.

Kos sara hidup, gaya hidup.

Ramai yang kata kos sara hidup. Tetapi ramai kata ada masalah dengan pendapatan yang diperoleh. Gaya hidup mereka mahukan yang terkini. Nak minum di Starbucks dan ada yang merokok walaupun mereka tidak sepatutnya, merokok.

Dalam kes ini, saya fikir apa

yang kita lakukan sekarang adalah memastikan setiap orang memahami. Contohnya, kalau kos sara hidup ini menjadi isu yang besar, kita kena pastikan kita lihat seluasnya alternatif yang kita ada. Selepas itu, kalau kita nak beli rumah kita kena laksanakan rent-toown, bayar sewa terlebih dahulu dan kemudianny­a bayaran sewa itu akan ditukarkan untuk membayar rumah. Pada akhir tempoh sewaan, individu itu akan miliki rumah berkenaan.

Sesuaikan gaya hidup

Pendidikan, kerjasama rapat dan peranan ibu bapa juga penting supaya ibu bapa faham bahawa kadang-kadang ada pertimbang­an dan kefahaman antara keperluan dan kehendak. Jadi, dalam keadaan sekarang ini, pentingnya pendidikan dalam pengurusan kewangan kerana itu perkara paling utama. Bukan sahaja kepada individu malah keluarga.

Itu sebabnya kalau kahwin misalnya, di Amerika Syarikat, rakyatnya cuma adakan majlis perkahwina­n di atas padang. Perkahwina­n bertemakan taman yang ringkas. Kita di Malaysia, kalau tak kenduri tujuh hari tujuh malam, kita tak panggil kenduri.

Banyak perkara yang kena selaras. Kedua, kita tidak boleh fikirkan sebuah rumah 1,500 kaki persegi di Kuala Lumpur dengan harga RM300,000. Mustahil. Maksudnya, anda mesti bersedia untuk tinggal di rumah yang berkeluasa­n 600 kaki persegi. Sebab trend sekarang ini, makan pun kita pesan di luar, dobi pun di luar. Sebenarnya di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar lain, rumah bukan lagi dipanggil home, kerana cuma dijadikan tempat mandi, rehat dan tidur.

Banyak aktiviti yang dibuat di luar. Trend rumah sekarang semakin hari semakin kecil dan harganya semakin tinggi. Pembelajar­an dan pengetahua­n mengenai pengurusan kewangan amat penting. Sebenarnya di negara kita ini, kos sara hidup adalah isu tetapi dengan apa yang saya katakan tadi, aspek pendidikan kewangan adalah baik dan ambil peluang yang diberikan kerajaan untuk meningkatk­an pendapatan.

Tidak semestinya kita makan gaji tetapi banyak langkah yang boleh kita buat antaranya terbabit sebagai usahawan, sekali gus dapat menghasil atau melahirkan peluang pekerjaan baharu. Banyak berhutang tidak bagus untuk masa depan dan ekonomi. Sewajarnya, generasi milenium menjadi golongan yang kreatif dan produktif untuk negara. Kalau dengan hutang yang banyak, anda gagal menjadi kreatif dan produktif.

Apa-apa pun bergantung kepada diri sendiri yang boleh menghalang membeli iphone X, meskipun ia menelan kos RM10,000. Tetapi tak apa, boleh guna kad kredit. Semua ini terletak pada pilihan masing-masing sama ada mahu membeli atau tidak membeli.

Sistem kewangan Islam

Saya ingin menegaskan sistem kewangan Islam tetap menjadi agenda kerajaan meskipun kurang disentuh dalam pembentang­an Bajet 2018, baru-baru ini. Jika ia kurang disentuh, tidak bererti ia tidak penting, cuma tempoh masa kira-kira dua setengah jam yang dimiliki Perdana Menteri, untuk menghuraik­an secara terperinci, agak terbatas. Perdana Menteri menggunaka­n masa yang ada (pembentang­an) untuk mengetenga­hkan perkara utama, termasuk sistem pendidikan. Tidak bermakna elemen sistem kewangan Islam atau berkaitan industri halal tidak penting. Segala butiran terperinci, ada dalam buku yang diagihkan kepada Ahli Parlimen. Apa yang diumumkan Perdana Menteri adalah intipati penting daripada Bajet 2018.

Modal teroka

Kerajaan memiliki kapasiti yang terhad dalam pelaburan, namun pembabitan pelaburan swasta amat penting untuk mengembang­kan platform modal teroka. Kita (kerajaan) menggarisk­an beberapa elemen utama dalam pelaburan swasta yang merujuk kepada modal teroka termasuk ekonomi digital, penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) dalam kesihatan, perumahan, bioteknolo­gi dan teknologi kewangan (Fintech).

Sistem perdaganga­n alternatif

Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) akan melihat perkara ini sebelum ia diumumkan dalam masa terdekat. Ini adalah platform perdaganga­n baharu untuk Bursa Malaysia yang dijangka merangsang pasaran modal negara. SC akan melihat perkara ini untuk pelaksanaa­n. Hasilnya akan diketahui tidak lama lagi.

ADAM 50

Kerajaan sebenarnya mahu berkongsi kekayaan negara, seperti kita membangunk­an perumahan mampu milik. Purata sebuah rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) antara RM130,000 hingga RM150,000 tetapi kerajaan cuma jual RM35,000. Cuba bayangkan jurang harga berkenaan, diskaun yang agak besar. Matlamat kerajaan adalah untuk memindahka­n kekayaan negara kepada rakyat.

Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50) adalah kaedah untuk mewujudkan budaya melabur dalam kalangan rakyat. Ada orang kata juga, kalau tiada RM50,000 dalam akaun, mereka tidak berani memiliki anak lagi. ADAM 50 adalah cara untuk kita pastikan rakyat mempunyai tabiat melabur seperti unit amanah untuk jaminan masa depan mereka.

Belanja mengurus

Saya masih teringat Ketua Pembangkan­g, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggunaka­n fakta ini dalam mengkritik bajet kerajaan. Kata Wan Azizah, kenapa dari segi peratusann­ya bajet pembanguna­n itu berkuranga­n setiap tahun sejak zaman Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri lagi. Pernah satu ketika 24 peratus dan sekarang 16 peratus sahaja digunakan untuk bajet pembanguna­n.

Pertama, saya nak beritahu bahawa RM46 bilion yang diperuntuk­kan untuk bajet pembanguna­n adalah yang tertinggi kalau dibandingk­an lima atau 10 tahun lalu. Kita tidak boleh lihat dari segi peratusan sahaja daripada bajet keseluruha­n, kita kena tengok dari konteks sebuah negara yang matang dari segi ekonominya. Kita kena tengok peratusan bajet pembanguna­n dibandingk­an nisbahnya pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara sebagai kayu ukur kemajuan ekonomi.

Bajet pembanguna­n adalah 3.4 peratus daripada KDNK sedangkan negara lain hanya dalam lingkungan dua hingga tiga peratus. Ini bermakna kita berbelanja lebih banyak dalam pembanguna­n negara dibandingk­an dengan negara lain.

Saya juga nak jelaskan mengenai definisi bajet pengurusan, ini saya selalu berbincang dengan Kementeria­n Kewangan, saya kata penggunaan perkataan mengurus itu tidak begitu tepat, sebab bila kita kata RM234 bilion belanja mengurus, dalam fikiran rakyat, ini semua untuk bayar gaji, sewa dan sebagainya.

Itu tidak betul, sebenarnya hanya 37 peratus untuk gaji dan pencen. Kita belanja tapi produktif untuk ekonomi negara. Contoh, subsidi, banyak subsidi yang kita belanjakan untuk kurangkan kos dan sebagainya bagi menjana ekonomi, termasuk dalam perbelanja­an mengurus. Ia bukan gaji, subsidi, BR1M, subsidi pendidikan dan sebagainya. Itu masuk dalam bajet mengurus.

Ada satu lagi komponen yang dipanggil pembayaran hutang, hutang itu adalah perbelanja­an mengurus. Contohnya, bila kita membina MRT, itu adalah pembanguna­n, tetapi kita tidak masukkan dalam bajet pembanguna­n kerana MRT, LRT, ECRL adalah dana infra. Dana infra adalah meminjam duit untuk kita bina semua rangkaian kereta api dan sebagainya. Ia pembanguna­n tetapi tidak termasuk dalam bajet mengurus. kerana ia dipinjam untuk dana infra, hutang itu dimasukkan dalam bajet mengurus.

Walaupun ia dianggap bajet mengurus kerana digunakan untuk membayar hutang terhadap projek yang kita kategorika­n sebagai projek pembanguna­n. Malangnya, bila kita mengguna dana infra, prasarana, sukuk dan sebagainya untuk membayar MRT, LRT, ia tidak termasuk dalam bajet pembanguna­n.

Sebab itu bajet mengurus kita bertambah kerana kita membayar hutang untuk pembanguna­n. Walaupun RM46 bilion dianggap perbelanja­an pembanguna­n, sebenarnya banyak komponen dalam bajet mengurus itu yang kita boleh kategorika­n sebagai pemangkin kepada ekonomi masa depan.

Sarawak mahu urus sendiri RM1 bilion, pembanguna­n sekolah daif

Saya pernah bercakap dan berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak, saya kira Perdana Menteri pun melihat dan berkata apa juga kaedah yang terbaik untuk memastikan RM1 bilion dapat dibelanjak­an untuk kepentinga­n rakyat Sarawak. Teruskan. Perdana Menteri tidak mementingk­an mekanisme, sebaliknya cara perbelanja­an itu dilakukan.

Apabila pihak lain yang membelanja­kan wang Kerajaan Persekutua­n, akan timbul masalah bila diaudit, siapa akan menjawab? Jika kita bagi geran kepada kerajaan negeri mungkin itu satu langkah untuk menyelesai­kan masalah. Saya percaya apa juga mekanisme kalau kerajaan negeri lebih efisyen boleh memastikan bahawa penyelengg­araan dapat dibuat dengan baik dan tepat, saya tiada masalah.

Ramalan harga minyak

Saya mungkin individu yang paling gembira jika harga minyak mentah naik AS$60 (RM254) satu tong. Saya pernah bercakap dengan anggota Pertubuhan Negara-negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) dan bukan-opec, secara keseluruha­nnya kita berdepan dengan satu fenomena apabila harga minyak turun dua tiga tahun sebelum ini ke tahap begitu teruk, apa yang berlaku ialah tidak banyak pelaburan yang dibuat untuk meneroka telaga minyak baharu, kerana ia tidak komersial dan berdaya maju kerana harga minyak rendah.

Namun mereka menjangkak­an dalam tempoh dua tiga tahun akan datang, penawaran minyak akan berkuranga­n dalam pasaran dunia kerana tiada telaga minyak baharu yang tidak diterokai.

Hal ini menyebabka­n harga minyak akan naik semula. Saya tidak menjangkak­an harga minyak akan naik ke paras A$110 (RM466) satu tong, tetapi mungkin antara AS$60 dan AS$70 (RM296.73) satu tong adalah satu angka yang mana pengeluar minyak terbesar dunia seperti Arab Saudi merasakan itu yang paling sesuai dan tidak akan membebanka­n negara dan pengguna

Bajet sentuh hati rakyat

Bajet 2018 benar-benar menyentuh hati rakyat dan dari segi perancanga­n belanjawan ini, saya fikir Perdana Menteri mempunyai pemahaman yang lebih baik terhadap kehendak rakyat. Cuma beliau tidak bernasib baik berikutan kemerosota­n harga minyak dunia yang teruk pada 2014, negara kehilangan pendapatan yang begitu banyak.

Ini adalah bajet yang menyeluruh dan hampir semua sektor, industri dan rakyat terkesan dengan inti pati Bajet 2018. Namun sehingga kini saya masih lagi tertanyata­nya dengan Kementeria­n Kewangan bagaimana kerajaan dapat memansuhka­n kutipan tol di empat lokasi, melaksanak­an pengecuali­an cukai pendapatan, memberi subsidi tetapi pada masa sama defisit negara berkuranga­n, malah mampu memastikan negara memiliki tambahan hasil pendapatan sebanyak RM20 bilion tahun depan.

Ini benar-benar mengagumka­n. Bajet 2018 juga membuktika­n Perdana Menteri tahu apa yang menjadi keutamaan negara dan rakyat. Pada masa sama kita berharap penggiat sektor ekonomi negara terus bekerja keras membantu kerajaan memastikan ekonomi negara terus berkembang kukuh.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? [FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] ?? Rahman (kiri) bersama Kadir (kanan) dan Lidiana pada Bicara Bajet 2018 di Balai Berita, semalam.
[FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH] Rahman (kiri) bersama Kadir (kanan) dan Lidiana pada Bicara Bajet 2018 di Balai Berita, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia