Berita Harian

SHAFIE APDAL SEKALI LAGI DIPANGGIL SPRM

-

Kota Kinabalu: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, sekali lagi dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewen­gan dana awam lain di Sabah.

Kali ini, ia dipercayai berkaitan siasatan kontrak penyelengg­araan sebuah universiti di negeri ini. Difahamkan, bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berusia 60 tahun itu hadir di pejabat SPRM Sabah pada jam 10 pagi semalam.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, mengesahka­n bekas menteri itu tidak ditahan, hanya dipanggil untuk membantu siasatan.

Kenyataan media

Setiausaha Agung Warisan, Loretto J Padua, pula berkata, Mohd Shafie dipanggil berhubung kes lama yang kini disiasat SPRM dan pihaknya akan memberikan kenyataan media berkaitan perkara itu selepas ini.

Difahamkan, ia berkaitan tandatanga­n Mohd Shafie bagi menyokong permohonan sebuah syarikat untuk mendapatka­n kontrak yang dikatakan bernilai RM43 juta ketika beliau menjadi menteri Persekutua­n.

Ahli Parlimen Semporna itu sebelum ini direman lapan hari berhubung siasatan penyelewen­gan dana awam bernilai RM1.5 bilion di Sabah yang dilaporkan berlaku dari 2009 hingga 2015.

Beliau bagaimanap­un dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 termasuk RM80,000 deposit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia