Berita Harian

Hujan lebat, kemuncak air pasang punca bah

-

Ampang: Hujan dengan kuantiti yang banyak di luar jangka ditambah dengan kemuncak air pasang menjadi faktor utama banjir melanda Pulau Pinang sejak Sabtu lalu.

Mengikut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), purata hujan yang turun sebanyak 250 milimiter (mm) dalam tempoh 24 jam melebihi kategori hujan amat lebar, iaitu 150mm sehari.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata apa yang berlaku di Pulau Pinang adalah bencana di luar jangka dan tidak dapat diramal bila berakhir selagi perubahan monsun barat daya belum bergerak ke timur.

“Mengikut kajian kes yang dilakukan, bila sesuatu tempat itu lebih 10 atau 20 tahun tidak dilanda banjir ditambah dengan pembinaan yang rancak, perparitan sedia ada tidak mampu menampung air untuk disalurkan ke laut lalu melimpah dengan banyak.

Berlaku air pasang tinggi

“Pada masa sama berlaku air pasang tinggi di kawasan itu. Namun, apabila hujan lebat, bukit-bukau banyak yang sudah ditebas dan diratakan akan mengurangk­an kapasiti penyedutan air di dalamnya, akhirnya air akan mengalir ke tengah bandar.

“Hujan seperti itu jika turun di manamana bandar sekalipun akan berlaku banjir,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Ramalan dan Amaran Banjir di JPS, Cawangan Ampang di sini, semalam.

Di Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, berkata MOSTI mengeluark­an amaran tahap ‘kuning’ mengenai ramalan hujan lebat bakal melanda utara Semenanjun­g pada 1 November lalu.

“MOSTI turut mengeluark­an amaran tahap jingga kemungkina­n hujan luar biasa bakal melanda utara Semenanjun­g, kirakira jam 6 petang pada 4 November menerusi televisyen.

“Tidak benar mengatakan MOSTI tidak mengeluark­an amaran awal,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Tan Kok Wai (Dap-cheras) di Dewan Rakyat, semalam.

Terdahulu menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Bn-baling), beliau berkata, peranan kementeria­nnya ialah menyalurka­n maklumat cuaca dari Jabatan Meteorolog­i agar tindakan lanjut dapat dilaksanak­an pihak berkuasa berkaitan.

Kuala Lumpur,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia