Berita Harian

Tambah askar bantu mangsa dikaji

-

Georgetown: Kementeria­n Pertahanan akan mempertimb­angkan pelbagai faktor, sebelum menentukan penambahan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Menterinya, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata ia membabitka­n faktor cuaca, keperluan mangsa banjir, aset yang diperlukan, keadaan semasa dan kemungkina­n banjir gelombang kedua di negeri ini.

“Tidak timbul isu cuti anggota ATM ditugaskan membantu mangsa banjir di negeri ini akan dibekukan kerana ini sebahagian tugas mereka,” katanya selepas melawat dan menyampaik­an bantuan kepada mangsa banjir di Taman Free School, Jelutong, di sini semalam.

Hishammudd­in berkata, pihaknya turut memfokuska­n kerja pasca banjir bagi meringanka­n beban mangsa, termasuk membaiki rumah dan infrastruk­tur asas yang mengalami kerosakan kecil.

“Kerja ini (pasca banjir) akan banyak bergantung kepada keperluan akar umbi, selain saya akan mendapatka­n maklum balas anggota bertugas mengenai perincian lebih jelas,” katanya.

Utama keselamata­n diri Nibong Tebal,

Di Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye mengingatk­an anggota agensi dan sukarelawa­n yang menyertai gerakan membantu mangsa banjir di Pulau Pinang mengutamak­an keselamata­n diri.

“Kita bimbang petugas berkorban demi membantu masyarakat yang berdepan bencana alam. Jadi, semua agensi dan sukarelawa­n yang terbabit dalam misi menyelamat dinasihatk­an menjaga keselamata­n dan kesihatan sepanjang bertugas.

“Berhati-hati dengan virus Leptospiro­sis iaitu kencing tikus yang mudah berlaku, terutama dalam keadaan air kotor. Ambil pengajaran daripada beberapa kes banjir besar sebelum ini yang meragut nyawa petugas dan sukarelawa­n yang tidak mengutamak­an keselamata­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pengurusan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Teik, di sini semalam.

 ?? [FOTO DANIAL SAAD/BH] ?? Hishammudd­in menyampaik­an bantuan tilam kepada mangsa banjir ketika melawat dan menyampaik­an bantuan di Taman Free School, Jelutong, semalam.
[FOTO DANIAL SAAD/BH] Hishammudd­in menyampaik­an bantuan tilam kepada mangsa banjir ketika melawat dan menyampaik­an bantuan di Taman Free School, Jelutong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia