Berita Harian

Tekanan air rendah sukarkan cuci rumah

Mangsa banjir terpaksa tangguh kerja pembersiha­n

- Oleh Petah Wazzan Iskandar dan Fatin Fazlina Yaakob

“Tekanan air rendah menyukarka­n kami membersihk­an rumah,” kata mangsa banjir, Muhammad Najib Rosli, 28, ketika ditemui di Jalan P Ramlee, di sini, semalam.

Najib berkata, dia mula membersihk­an rumahnya yang dinaiki air setinggi hampir tiga meter, selepas banjir mulai surut malam kelmarin.

“Kami sukar membersihk­an rumah apabila berhadapan masalah tekanan air rendah sejak semalam, menyebabka­n banyak kerja pembersiha­n tertangguh.

“Banjir kali ini paling buruk apabila selut tebal masuk ke rumah dan memenuhi persekitar­an sehingga ke jalan di hadapan rumah,” katanya ketika ditemui BH di sini.

Cuaca cerah semalam membolehka­n penduduk yang terjejas sekitar Jalan P Ramlee mula membersihk­an kediaman masing-masing selepas banjir melanda negeri ini kelmarin.

Najib yang bekerja di Kuala Lumpur berkata, dia bergegas pulang selepas mendapat tahu rumah keluargany­a di sini, ditenggela­mi air sehingga mencecah paras kepala.

“Saya baru sahaja sampai dari Kuala Lumpur kira-kira jam 4.30 pagi semalam, untuk membantu membersihk­an rumah kerana ibu tidak berapa sihat.

Ulangi banjir 1990

“Banyak kelengkapa­n rumah seperti televisyen dan mesin basuh rosak dan terpaksa dibuang. Ini yang kami hadapi setiap kali selepas banjir melanda,” katanya.

Penduduk, Zawariah Ahmad, 72, berkata banjir kali ini hampir menyamai banjir yang pernah berlaku pada 1990.

“Banjir pada 1990 hampir sama seperti yang berlaku semalam. Ketika itu air naik mencecah bumbung rumah, saya tidak sangka kejadian sama berulang lagi selepas 27 tahun.

“Kami kini trauma dan mujur ketika banjir melanda kira-kira jam 2 pagi saya berada di tingkat atas rumah,” katanya.

Jumlah mangsa meningkat

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang meningkat kepada 7,211 sehingga jam 6 petang berbanding 5,478.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata mangsa banjir itu membabitka­n 1,634 keluarga yang ditempatka­n di 61 pusat pemindahan di Pulau Pinang.

Beberapa jalan di kawasan SPU juga ditutup kepada lalu lintas kerana air naik antara 0.2 meter hingga 0.7 meter manakala pusat pemindahan di daerah Barat Daya ditutup petang semalam.

Di jumlah mangsa banjir di Kedah berkurang kepada 2,616 orang dan 686 keluarga berbanding 2,790 orang membabitka­n 752 keluarga, setakat jam 4 petang dengan 24 pusat pemindahan masih dibuka.

Di semua tiga pusat pemindahan banjir di tiga daerah di Perak ditutup semalam selepas air surut di kawasan yang terbabit.

Alor Setar, Ipoh,

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ??
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia