Berita Harian

Pakar desak henti segera projek di lereng bukit

Pembanguna­n melampau, sistem saliran lemah punca Pulau Pinang banjir teruk

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Seorang pakar kejurutera­an berpandang­an pembanguna­n lereng bukit secara melampau dan kelemahan sistem saliran di Pulau Pinang, menjadi penyumbang utama banjir yang melumpuhka­n negeri itu.

Prof Datuk Dr Mahyuddin Ramli berkata, projek pembinaan di lereng bukit diluluskan kerajaan negeri menyebabka­n banyak kawasan terdedah kepada risiko hakisan dan tanah runtuh apabila hujan lebat, seperti yang berlaku ketika ini.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancanga­n Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata, air hujan akan membawa lumpur akibat hakisan dari kawasan pembanguna­n di lereng bukit masuk ke dalam sistem saliran seperti longkang dan sungai yang menjadi kelodak hingga menyebabka­n ia tersumbat.

“Apabila keadaan ini berlaku, sungai menjadi cetek dan tidak dapat menampung hujan khususnya yang melebihi 200 milimeter hingga air melimpah dan menyebabka­n banjir.

Sistem saliran tak setanding

“Di Pulau Pinang, banjir kerap berlaku kerana terlalu banyak pembanguna­n sedangkan sistem saliran tidak setanding (dengan pembanguna­n).

“Ini punca air tidak dapat bergerak cepat hingga banjir menjadi sangat teruk,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulas banjir besar yang melanda Pulau Pinang susulan hujan lebat dan ribut berterusan sejak Sabtu lalu, yang menyebabka­n negeri itu lumpuh.

Hujan dan ribut turut menyebabka­n beberapa kejadian tanah runtuh, termasuk di ka- wasan pembinaan di Persiaran Tanjung Bungah 3 di Georgetown dan Balik Pulau.

Mahyuddin turut menggesa semua projek pembanguna­n di lereng bukit dihentikan sertamerta, manakala projek yang sudah diluluskan dikaji semula.

Beliau juga menggesa kerajaan negeri menyiasat sama ada pembanguna­n di Pulau Pinang mematuhi Garis Panduan Keselamata­n Pembanguna­n Lereng Bukit 2012 yang dikeluarka­n kerajaan negeri, selain menekankan kepentinga­n pembinaan sistem saliran di kawasan bukit.

“Pembinaan di kawasan bukit juga perlu dipasang dinding penahan walaupun agak mahal bagi menghalang tanah runtuh dan hakisan.

“Bagaimanap­un, saya lihat kebanyakan pembanguna­n di Pulau Pinang hanya gunakan dinding blok yang tidak kukuh,” katanya.

Sementara itu, pakar geospatial yang juga Ahli Penang Forum, Dr Kam Suan Pheng, percaya hakisan tanah akibat pembanguna­n lereng bukit di negeri itu, antara punca banjir ketika ini menjadi begitu teruk.

“Hakisan tanah akan menyebabka­n selut dibawa ke kawasan rendah.

“Air banjir di Georgetown, berwarna seakan teh susu, bermakna ada kandungan selut yang tinggi. Selut itu datang dari mana?” katanya.

Panduan pembinaan dipersoal

Suan Pheng turut mempersoal­kan sama ada garis panduan pembinaan lereng bukit di negeri itu dipatuhi pemaju serta sama ada agensi kerajaan negeri memiliki sumber mencukupi untuk memantau pematuhan garis panduan berkenaan.

“Perkara lebih penting ialah perlu ada perancanga­n penggunaan tanah yang lebih menyeluruh untuk Pulau Pinang yang mengenal pasti kawasan sesuai untuk pembanguna­n padat dan sebaliknya.

“Dalam Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2005-2020 yang sudah diwartakan, ada dinyatakan kawasan tanah tinggi dilindungi serta jumlah kepadatan dibenarkan bagi projek perumahan.

“Bagaimanap­un, saya melihat kadar kepadatan dalam rancangan itu sudah dinaikkan. Itu masalahnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia