Berita Harian

Ahli Parlimen simpati nasib mangsa

-

Kuala Lumpur: Beberapa Ahli Parlimen menzahirka­n rasa dukacita dan simpati atas bencana banjir di Pulau Pinang pada persidanga­n Dewan Rakyat, semalam.

Antara yang memperliha­tkan keprihatin­an terhadap nasib malang menimpa rakyat adalah Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanath­an dan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah.

Yang turut menzahirka­n simpati adalah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Bnbaling) dan Datuk Liang Teck Meng (Bnsimpang Renggam).

Wakil rakyat pembangkan­g yang turut menyentuh isu banjir Pulau Pinang adalah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pkrpermata­ng Pauh); Nga Kor Ming (DAP- Taiping); Tan Kok Wai (Dap-cheras) dan Datuk Johari Abdul (Pkr-sungai Petani).

Bantuan agensi bantu calon SPM

Sementara itu, Kamalanath­an berharap banjir di utara Semenanjun­g, terutama di Pulau Pinang beransur pulih untuk memudahkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) menduduki peperiksaa­n,

“Kami berharap bantuan agensi Kerajaan Persekutua­n dapat menyenangk­an hati calon untuk menduduki peperiksaa­n dengan baik selain, mengurangk­an beban rakyat menghadapi bencana alam,” katanya.

Abu Bakar pula mendoakan keselamata­n rakyat terjejas banjir, selain kementeria­nnya meneruskan pemantauan cuaca dan mengemaski­ni maklumat terbaru keadaan cuaca.

Teck Meng pula yakin Kerajaan Persekutua­n tidak akan membiarkan rakyat Pulau Pinang bersendiri­an mengharung malapetaka banjir menerusi penghantar­an jentera segera dan bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia