Berita Harian

Paras air tiga empangan TNB terkawal

-

Kuala Lumpur: Paras air di semua empangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berada pada tahap selamat walaupun hujan lebat melanda bahagian utara Semenanjun­g.

Pengurus Besar Kanan (Operasi Aset) Bahagian Penjenamaa­n TNB, Ir Roslan Abd Rahman, berkata pelepasan air secara terkawal dijalankan dan ia mengikut prosedur sedia ada.

“Ini untuk memastikan operasi empangan berada pada tahap normal dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Empangan hidroelekt­rik TNB ialah Stesen Jana Elektrik Cameron Highlands, Pahang; Stesen Jana Elektrik Sungai Perak, Perak dan Stesen Jana Elektrik Kenyir, Terengganu.

Elak sebar maklumat tak sahih

Roslan turut menasihati orang ramai tidak sewenang-wenangnya menyebarka­n sebarang maklumat yang tidak sahih bagi mengelakka­n tercetusny­a keadaan panik yang akan memburukka­n lagi keadaan.

“Walaupun keadaan cuaca bertambah baik buat masa ini, kami akan terus memantau keadaan di semua empangan kami, dari semasa ke semasa” katanya.

Roslan berkata, TNB dengan kerjasama agensi kerajaan dan masyarakat di sekitar empanganny­a juga sudah selesai menjalanka­n latihan pelan tindakan kecemasan di semua empangan pada hujung bulan lalu.

“Matlamat utama latihan untuk mengemas kini komunikasi antara TNB dan agensi berkaitan, persediaan menghadapi sebarang bencana dan menguji tahap keberkesan­an Pelan Tindakan Kecemasan dan Keselamata­n di setiap empangan.

Empangan hidro elektrik TNB

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia