Berita Harian

Mangsa di pusat pemindahan Kedah, Perak makin kurang

-

Alor Setar: Bilangan mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan di Kedah berkuranga­n kepada 2,616 orang berbanding 2,790 orang semalam.

Ketika ini, 24 pusat pemindahan sementara masih beroperasi dengan daerah Kuala Muda dan Kulim paling teruk terjejas.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Lt Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin, berkata di daerah Kuala Muda, 12 pusat pemindahan dibuka yang menempatka­n 1,264 mangsa membabitka­n 330 keluarga, manakala di Kulim sembilan pusat pemindahan dengan 1,066 mangsa dari 266 keluarga.

Satu pusat pemindahan beroperasi di daerah Yan yang menempatka­n 79 mangsa daripada 22 keluarga dan satu pusat pemindahan dibuka di Baling yang menempatka­n 114 mangsa daripada 43 keluarga.

“Di Kulim, 1,066 mangsa daripada 266 keluarga, manakala di Pendang, 93 mangsa daripada 25 keluarga masih berada di pusat pemindahan sementara,” katanya dalam satu kenyataan.

Pusat banjir ditutup Ipoh,

Di semua tiga pusat pemindahan banjir di tiga daerah di Perak ditutup semalam selepas air kembali surut.

Timbalan Pengarah APM Perak, Zairil Anuar Zulmuji, berkata tiga pusat pemindahan itu ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Tiga di daerah Perak Tengah, Dewan Orang Ramai Kampung Sumpitan (Hulu Perak) dan Dewan Kampung Stor (Kuala Kangsar).

SK Simpang Tiga yang dibuka sejak Jumaat lalu dengan menempatka­n 108 mangsa banjir ditutup jam 2.30 petang semalam.

“Seramai 43 mangsa yang berada di Dewan Orang Ramai Kampung Sumpitan sudah dibenarkan pulang ke rumah pagi ini (semalam),” katanya.

Paras air Sungai Perak normal

Beliau berkata, keadaan cuaca adalah baik dan paras air Sungai Perak kembali normal, semalam.

“Kami dan agensi berkaitan berada dalam keadaan bersiap sedia jika keadaan cuaca berubah menjadi buruk dalam tempoh terdekat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia