Berita Harian

Syor Siri Jelajah Pendidikan diperluas peringkat daerah

-

Bukit Mertajam: Kementeria­n Pendidikan disaran memperluas­kan siri Jelajah Pendidikan tahunan ke peringkat daerah bagi memastikan keberkesan­an program terbabit, selain mampu memberi impak lebih proaktif.

Jurulatih Utama Pulau Pinang bagi Kumpulan Penggerak SARANA Kebangsaan, Wan Chik Ahmad, 49, berkata ia kerana impak positif yang berjaya dihasilkan daripada pelaksanaa­n siri jelajah terbabit sebelum ini.

Katanya, ia wajar diperluas bagi memastikan pembabitan masyarakat dapat dipertingk­at, selari dengan tujuan pelaksanaa­n Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“Ini secara tidak langsung membantu mempercepa­tkan keberhasil­an PPPM 20132025 apabila berjaya menarik lebih banyak pembabitan golongan ibu, bapa dan masyarakat setempat,” katanya ketika ditemui pada siri Jelajah Kementeria­n Pendidikan di sini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementeria­n, Datuk Seri Alias Ahmad dan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Mohd Nasri Jamaluddin, 43, berkata siri jelajah KPM itu terbukti mampu merapatkan jurang antara pihak sekolah dan ibu bapa.

“Program ini perlu diteruskan dan diperluask­an kerana terbukti membantu untuk memantapka­n persediaan, sekali gus menjadi dorongan kepada kejayaan murid di sekolah masing-masing.

“Platform seperti ini turut memberi peluang dan pendedahan kepada ibu bapa untuk memahami tindakan sewajarnya yang boleh diambil bagi membantu pembentuka­n sahsiah anak masing-masing.

“Malah, ia juga terbukti dapat meningkatk­an prestasi akademik pelajar, selain turut berjaya mengurangk­an bilangan kes disiplin di sekolah masing-masing,” katanya.

Program ini perlu diteruskan dan diperluask­an kerana terbukti membantu untuk memantapka­n persediaan, sekali gus menjadi dorongan kepada kejayaan murid di sekolah masing-masing ” Mohd Nasri Jamaluddin, Yang Dipertua Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia