Berita Harian

Pulau Pinang terima RM88J dana bantuan persekolah­an

Kementeria­n turut pastikan bangunan selamat, selesa demi kepentinga­n pelajar

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir

Kementeria­n Pendidikan (KPM) memperuntu­kkan sebanyak RM88 juta melalui Peruntukan Bantuan Persekolah­an bagi diagihkan kepada 1.4 juta murid di 399 sekolah di Pulau Pinang.

Ketua Setiausaha­nya, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata peruntukan itu terbahagi kepada tiga, iaitu RM38 juta bagi bantuan umum; bantuan khusus (RM36 juta) dan bantuan ‘one off’ (RM14 juta).

Selain itu, katanya, sebanyak 43 projek pembanguna­n sekolah di negeri ini, membabitka­n kos keseluruha­n bernilai RM393.7 juta menerusi Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKE11), sudah diluluskan.

“Kementeria­n sentiasa prihatin dalam memastikan bangunan sekolah selamat dan boleh digunakan untuk sesi pembelajar­an murid dengan mengambil kira kepentinga­n semua pihak.

Dapat perhatian kerajaan

“Ia membuktika­n Pulau Pinang diberi perhatian sewajarnya oleh Kerajaan Persekutua­n,” katanya ketika merasmikan Program Jelajah Pendidikan KPM Ke12 bertemakan Menerajui Perubahan di sini.

Yang turut hadir, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Shaari Osman.

Beliau berkata, Pulau Pinang turut menikmati peruntukan bernilai RM1.5 juta untuk pelaksanaa­n projek penambahba­ikan sekolah daif bagi memastikan infrastruk­tur dan kemudahan sentiasa kondusif.

“Selain itu, kita juga meluluskan 134 permohonan pertukaran ‘guru duka-lara’ di negeri ini dengan baki permohonan akan dipertimba­ng bagi sesi seterusnya.

“Ia diharap dapat merungkai permasalah­an guru dan kementeria­n sentiasa berusaha melaksanak­an penambahba­ikan bagi memastikan kebajikan warga pendidik tidak terabai,” katanya.

Mengenai perubahan teknologi digital, Alias berkata, sistem Pembelajar­an Kelas Abad Ke-21 (PAKE-21) sudah mula diperkenal sejak 2014, membabitka­n 10 sekolah, masing-masing lima sekolah kebangsaan dan sekolah menengah.

“Pelaksanaa­n PAKE-21 secara berterusan akan meningkatk­an kemenjadia­n murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplika­sikan amalan terbaik dalam pelaksanaa­n pengurusan, kepemimpin­an serta pedagogi dalam pembelajar­an dan pengajaran.

“Ia selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Selain itu, program Sekolah Amanah secara usaha sama dengan rakan kongsi swasta juga dilaksanak­an di tiga sekolah di negeri ini,” katanya.

Bangun potensi pelajar

Mengulas lanjut, katanya, PPPM 2013-2025 juga menggarisk­an kepentinga­n membangunk­an potensi pelajar cenderung dalam pelbagai minat dan kebolehan melalui peningkata­n 20 peratus enrolmen bagi sistem pendidikan vokasional.

“Ia sekali gus memastikan pelajar menerusi sistem pendidikan ini tidak tercicir daripada arus perdana. Di Pulau Pinang sahaja, sebanyak lima Kolej Vokasional dan sebuah Sekolah Menengah Teknik yang disediakan Kerajaan Persekutua­n.

“Ia seiring agenda ekonomi digariskan dalam RMKE-11 dengan jangkaan 1.5 juta peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dan sasaran sebanyak 60 peratus daripadany­a memerlukan kemahiran berkaitan bidang Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional,” katanya.

 ?? [FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] ?? Alias bergambar bersama pelajar ketika merasmikan Program Jelajah Pendidikan KPM Ke-12 bertemakan Menerajui Perubahan di Bukit Mertajam.
[FOTO RAMDZAN MASIAM/BH] Alias bergambar bersama pelajar ketika merasmikan Program Jelajah Pendidikan KPM Ke-12 bertemakan Menerajui Perubahan di Bukit Mertajam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia