Berita Harian

Tentera siber UMNO kena lebih proaktif

-

Sebelum menyalahka­n pihak yang buat fitnah, mungkin kita perlu lihat diri sendiri dahulu. Adakah kita proaktif menangkis segala fitnah, agar dapat dihentikan sebelum merebak? Mungkin itulah persoalan dan pesanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang menjalanka­n tugas Timbalan Presiden UMNO ketika berucap pada Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), baru-baru ini.

Mungkin apa yang dikatakan Ahmad Zahid ada kaitan dengan isu bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga yang perlu berani bertanggun­gjawab atas tindakanny­a memberi data dan maklumat mengaitkan pemimpin PAS didakwa menerima wang daripada UMNO. Persepsi buruk yang dilemparka­n Ambiga sememangny­a boleh dikesan sejak awal sekiranya tentera siber yang menyokong kerajaan lebih prihatin dengan serangan musuh yang sentiasa mencari peluang mengeluark­an kenyataan mengandung­i pelbagai elemen hasutan.

Ahmad Zahid menegaskan lagi: “Jika tidak dapat diatasi dengan segera dan hanya jawab tiga atau empat bulan selepas itu, maka berlaku seperti S Ambiga lakukan terhadap PAS apabila PAS dituduh menerima peruntukan RM90 juta daripada Perdana Menteri dan 1MDB.”

Itu sebab Ahmad Zahid menegaskan adalah penting segala kenyataan mempunyai persepsi buruk, mesti diurus dengan baik dan dipadamkan daripada menguasai minda rakyat.

Media sosial jadi hakim

Seperti kita maklum, inilah permainan pembangkan­g yang sentiasa mencari ruang dan peluang memfitnah kerajaan. Bahkan golongan ini begitu bijak menggunaka­n teknologi hari ini yang semakin canggih, untuk menambah sokongan masyarakat.

Kita tidak boleh nafikan, hari ini media sosial memainkan peranan penting mempengaru­hi minda masyarakat. Bahkan ada kalanya ia menjadi hakim menjatuhka­n hukuman ke atas seseorang sedangkan masih tidak dapat dibuktikan kesahihan sesuatu berita yang disebarkan.

Sememangny­a mudah masyarakat mempercaya­i sesuatu berita. Contoh paling jelas ialah apabila menerima sesuatu berita di Facebook atau Whatsapp, terus ditekan share sedangkan tidak diketahui kebenaran berita itu.

Antara faktor menyebabka­n media sosial menjadi penghukum adalah kerana penyebar fitnah kreatif menyusun kata-kata bagi mempengaru­hi minda mereka yang membacanya hingga berita disampaika­n begitu meyakinkan, lengkap dengan pelbagai fakta walaupun boleh dipertikai­kan kesahihan fakta itu.

Jika tentera siber UMNO tidak proaktif, maka jangan salahkan pembangkan­g jika mereka terus menguasai medan perang alam maya.

Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin dekat dan perang siber mungkin menjadi penentu kepada kemenangan mutlak. Hari ini, segala maklumat terletak di hujung jari, terpulang kepada kita menilai sesuatu berita itu.

Dalam hal ini, usaha UMNO menganjurk­an konvensyen media sosial harus dipuji. Lebih penting, konvensyen ini diadakan dengan tujuan memberi penerangan dan maklumat tentang kepentinga­n, etika media sosial dan gerak kerja lebih berkesan kepada semua penggiat media sosial UMNO bagi menghadapi PRU-14.

Kena beri fakta, bukti

Isu Ambiga hanyalah sebagai contoh bagaimana sesuatu fitnah boleh tersebar seperti tidak dapat disekat langsung. Semakin dekatnya PRU-14, maka akan timbul pelbagai lagi elemen hasutan dan fitnah yang perlu ditangani. Itu sebabnya tentera siber UMNO perlu menjalanka­n tugas dengan lebih menyeluruh untuk menangkis segala fitnah yang disebarkan.

Dalam hal ini mereka juga perlu mempersiap­kan diri dengan pelbagai ilmu agar jawapan dan penerangan diberikan boleh mempengaru­hi masyarakat agar tidak mudah terpengaru­h dengan hasutan dan fitnah yang begitu mudah untuk bermaharaj­alela di hati mereka yang mendengarn­ya.

Pejuang siber UMNO bukan sahaja perlu pandai menutur katakata, tetapi perlu bijak menyediaka­n fakta dan bukti sahih bagi menangkis pelbagai tohmahan, hasutan dan fitnah yang pastinya akan datang untuk terus menyerang UMNO.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia