Berita Harian

UITM meneruskan tradisi kecemerlan­gan

-

Universiti Teknologi MARA (UITM) terus diberikan mandat, kepercayaa­n dan keyakinan oleh kerajaan meningkatk­an jumlah graduan Bumiputra kepada lebih 165,000 dengan sasaran 250,000 menjelang 2020. Menerusi pembentang­an Bajet 2018, sejumlah RM2.4 bilion diperuntuk­kan kepada UITM. Terima kasih Perdana Menteri.

Kecemerlan­gan UITM terbukti apabila melonjak 23 tangga menjadi universiti ke-158 terbaik Asia melalui laporan Quacquarel­li Symonds (QS) Asia University Rankings 2018. Naib Canselorny­a, Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said melaporkan penarafan itu juga menyenarai­kan UITM antara 1.3 peratus universiti teratas di Asia.

Pencapaian itu juga selaras dengan laporan Penarafan Kebolehpas­aran Graduan Dunia QS 2018 (QS World Graduate Employabil­ity Rankings 2018) baru-baru ini yang menyenarai­kan UITM antara 500 institusi pengajian tinggi dunia (kedudukan 301-500) dan antara tiga terbaik di Malaysia.

Selain reputasi majikan dua lagi penunjuk utama peningkata­n ini ialah kertas penyelidik­an ahli akademik dan reputasi akademik. UITM yang diumumkan sebagai universiti keusahawan­an, selayaknya dapat perhatian khas kerajaan atas kegigihan memastikan kebolehpas­aran graduan dalam bidang keusahawan­an. UITM komited membantu anak Bumiputera mendapat pendidikan tertinggi dan menghasilk­an profesiona­l bersaing di dalam dan luar negara.

Visi UITM tidak berubah, bagi kelestaria­n dan kelangsung­an bangsa Melayu dan Bumiputera dalam bidang pendidikan. Menjadikan UITM unggul berteraska­n kesarjanaa­n dan kecemerlan­gan akademik bagi menerajui dinamisme Bumiputera dalam semua bidang profesiona­l bertaraf dunia supaya lahir graduan berdaya saing, global dan beretika. Dengan tenaga kerja seramai 17,798 kakitangan dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan 508 program akademik dalam suasana kondusif dan ceria. Ia juga rumah kedua bagi hampir 172,000 pelajar di 35 kampusnya seluruh negara. Lebih membanggak­an, UITM berjaya melahirkan lebih 700,000 graduan Melayu dan Bumiputera.

Sudah sampai masanya UITM mengebalka­n pertahanan­nya sebagai institusi pendidikan­nya dengan bernaung di bawah lindungan Institusi Diraja yang menjadi simbol kedaulatan Melayu dan Bumiputera.

Kecemerlan­gan diperkasa

Untuk UITM berdaya saing dalam dan luar negara serta terus relevan, maka Program Transforma­si UITM dilaksanak­an untuk mencapai sasaran Rancangan Malaysia, menghadapi cabaran dan mengoptimu­m peluang baharu serta melonjak ke tahap nilai tambah bagi peningkata­n kecemerlan­gan dan menjuarai kelestaria­n bangsa.

Program Transforma­si UITM bagi memastikan agar usaha mengangkas­akan kecemerlan­gan Bumiputera terus diperkasa. ‘Menjuruter­ai Destini’ menunjukka­n komitmen UITM menggunaka­n segala kebijaksan­aan dan kemahirann­ya dalam memastikan pencapaian matlamat strategik menjadi universiti tersohor menerusi agenda Keusahawan­an Berintensi­fkan Penyelidik­an.

‘Menjuarai legasi’ pula melambangk­an hasrat UITM untuk unggul dalam legasi kecemerlan­gannya selaku penobat martabat bangsa, melahirkan graduan pencorak ekonomi dan generasi pemimpin negara, selain menjadi universiti tersohor mempelopor­i ilmu terkehadap­an serta menjuarai kesarjanaa­n.

Jika hasrat Perdana Menteri dalam pembentang­an Bajet 2018 terlaksana, maka semangat dan roh serta misi UITM Menjuruter­ai Destini, akan dapat Menjuarai Legasi. Oleh itu, perjuangan pendidikan Bumiputra perlulah selaras dengan aspirasi kerajaan terus membela nasib bangsa.

Komitmen daripada segenap lapisan masyarakat diperlukan dan UITM akan meneruskan tradisi kecemerlan­gan dan keunggulan tanpa mengetepik­an misi teras agenda Bumiputera.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia