Berita Harian

Bantah roboh surau tertua di Kampung Kerinchi

4 NGO tuntut sedia tapak lebih sesuai ganti rumah ibadat berusia 50 tahun

- Oleh Mahani Ishak

Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sini, membantah keputusan sebuah syarikat pemaju yang mahu merobohkan surau tertua di Kampung Kerinchi, di sini.

Bantahan itu disuarakan kira-kira 80 anggota Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Yayasan Generasi Melayu, Kelab Belia Wawasan serta Pertubuhan Anak Kerinchi Lembah Pantai yang berhimpun di depan pejabat syarikat itu, semalam.

Mereka juga menuntut pemaju memperuntu­kkan tapak surau lebih sesuai berbanding apa yang ditawarkan jika surau berkenaan tetap mahu dirobohkan.

Presiden JMM, Datuk Azwanddin Hamzah, berkata pertemuan dengan pemaju bagaimanap­un tidak mencapai kata sepakat sewajarnya.

“Masyarakat di sini bukan menolak pembanguna­n tetapi mahu pemaju lebih menjaga sensitivit­i kerana surau adalah rumah ibadat. Seharusnya perlu ada tempat khusus, bukan hanya bilik (surau sementara) hanya berukuran 183 meter persegi.

Wajar contohi pemaju lain

“Syarikat ini perlu mencontohi pemaju lain yang menyediaka­n kemudahan ibadat seperti kuil dan gereja dengan begitu selesa. Kerinchi menempatka­n surau berusia lebih 50 tahun, tapi ia mahu dirobohkan begitu saja,” katanya.

Beliau turut menyerahka­n memorandum kepada wakil pemaju di Menara Korporat UOA di sini, semalam.

Usaha mendapatka­n maklum balas daripada pemaju bagaimanap­un tidak berjaya berikutan hanya tiga wakil NGO dibenarkan masuk menyerahka­n memorandum berkenaan pada jam 10.50 pagi, semalam.

Panggilan telefon dan e-mel kepada bahagian khidmat pelanggan syarikat berkenaan juga tidak mendapat balasan.

Azwanddin berkata, penyerahan memorandum itu adalah langkah pertama dan mereka akan berjumpa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selepas ini untuk tindakan seterusnya.

“Kami berharap surau berkenaan dapat dikekalkan atau dipindahka­n kawasan lain yang lebih bersesuaia­n. Kami memberikan tempoh seminggu untuk pemaju memberi jawapan.

“JMM bersama NGO lain akan terus mendesak pemaju menyediaka­n kemudahan surau yang mampu memuatkan kira-kira 400 jemaah. Bilik yang dijadikan surau sementara tidak sesuai, bilik air dan tempat wuduk perlu menumpang tandas awam.

Tuntut kawasan hijau

“Jadi kita bercadang menuntut kawasan hijau untuk dijadikan surau, jika tidak kita akan mempertaha­nkan surau daripada dirobohkan,” katanya.

Beliau turut menyelar Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan menggesany­a turun padang mempertaha­nkan kepentinga­n penduduk serta mempertaha­nkan surau daripada dirobohkan.

“Kita berharap semua pihak tanpa kira ideologi politik, terus mempertaha­nkan surau ini. Ketepikan kepentinga­n politik kerana ini untuk kesejahter­aan ummah, bukan bersifat peribadi,” katanya.

Ketua Setiausaha JMM, Hamdan Mohd Salleh, berkata penduduk hanya menuntut tiga perkara iaitu tidak merobohkan surau atau jika dirobohkan, pemaju perlu membina surau baharu bersesuaia­n.

“Tapak ini asalnya milik orang Melayu. Apalah sangat memperuntu­kkan kemudahan sebuah surau berbanding nilai projek bangunan 30 tingkat, tetapi pemaju enggan mendengar permintaan dan harapan penduduk.

“Sudah beberapa kali mereka memungkiri janji dan langsung tidak mahu bertemu penduduk. Jadi kami akan terus berjuang supaya pemaju mengubah suai semula pelan lokasi agar surau itu tidak dirobohkan.

“Jika dirobohkan, pemaju harus menyediaka­n tapak baharu yang bersesuaia­n,” katanya.

 ?? [FOTO SUPIAN AHMAD/BH] ?? Surau Balai Islam Kampung Kerinchi yang akan dirobohkan oleh pemaju untuk pembanguna­n.
[FOTO SUPIAN AHMAD/BH] Surau Balai Islam Kampung Kerinchi yang akan dirobohkan oleh pemaju untuk pembanguna­n.
 ??  ?? Penduduk Kampung Kerinchi berkumpul dihadapan UOA Corporate Tower Bangsar South untuk menyerahka­n memorandum membantah tindakan mahu meroboh Surau Balai Islam Kampung Kerinchi.
Penduduk Kampung Kerinchi berkumpul dihadapan UOA Corporate Tower Bangsar South untuk menyerahka­n memorandum membantah tindakan mahu meroboh Surau Balai Islam Kampung Kerinchi.
 ??  ?? Hamdan (dua dari kiri) bersama penduduk Kampung Kerinchi berjumpa wakil UOA untuk menyerahka­n memorandum bantahan meroboh Surau Balai Islam Kampung Kerinchi.
Hamdan (dua dari kiri) bersama penduduk Kampung Kerinchi berjumpa wakil UOA untuk menyerahka­n memorandum bantahan meroboh Surau Balai Islam Kampung Kerinchi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia