Berita Harian

MBEF bantu syarikat kekal prestasi

Jadi rujukan utama pacu kecemerlan­gan organisasi di Malaysia

- Oleh Haryani Ngah

Kefahaman mengenai Rangka Kerja Kecemerlan­gan Perniagaan Malaysia (MBEF) yang menjadi panduan kepada pengamal perniagaan ke arah peningkata­n prestasi serta budaya kecemerlan­gan penting bagi memacu kejayaan syarikat.

MBEF merangkumi tujuh kriteria iaitu Kepimpinan, Perancanga­n, Informasi, Pelanggan, Modal Insan, Proses dan Hasil.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berkata MBEF menjadi rujukan utama bagi memacu kecemerlan­gan sesebuah organisasi di negara ini.

“Pada masa kini, 83 negara dan 96 pentadbir anugerah antarabang­sa menggunaka­n rangka kerja yang hampir sama dengan MBEF terutama bagi meningkatk­an kecemerlan­gan dalam pengurusan.

“Menerusi konsep Kecemerlan­gan Perniagaan (BE), rangka kerja dan modul dibangunka­n, malah banyak negara yang menerapkan konsep ini bagi memastikan kejayaan dapat dicapai,” katanya berucap pada perasmian Forum Kecemerlan­gan Perniagaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), di sini.

Forum yang bertemakan ‘Strategi Ke Arah Kemampuan Organisasi’ adalah anjuran Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC).

Elemen kecemerlan­gan perniagaan

Pada majlis itu, Ka Chuan menyampaik­an sijil Kelas Inovasi Produktivi­ti Malaysia (MPIC) kepada 20 syarikat yang memperoleh skor cemerlang dalam penilaian berdasarka­n rangka kerja BE.

Sementara itu, 10 juara produktivi­ti mendapat pengiktira­fan hasil usaha mereka meningkatk­an produktivi­ti dalam industri masingmasi­ng.

Tiga wakil syarikat yang memenangi Anugerah Kecemerlan­gan Industri (AKI) yang lalu hadir sebagai penceramah dan berkongsi pengalaman mereka menjayakan Rangka Kerja Kecemerlan­gan Perniagaan pada forum itu.

Pengarah Eksekutif Hospital Pakar KPJ Klang, Mohd Taufik Ismail, berkata organisasi­nya menerapkan semua tujuh elemen MBEF dalam pengurusan­nya.

Beliau berkata, walaupun baru lima tahun beroperasi, Hospital Pakar KPJ Klang iaitu hospital ke-21 milik KPJ Healthcare Bhd (KPJ) berjaya mencatat keuntungan membanggak­an.

“Kami melaksanak­an pengurusan yang baik berdasarka­n rangka kerja MBEF yang memberi penekanan kepada tujuh elemen dalam usaha mencapai misi dan visi.

“Untuk menguruska­n hospital kita perlu pastikan keberkesan­an dalam pengurusan terutama membabitka­n kos tinggi seperti bayaran gaji dan utiliti. Jadi, segala polisi dan prosedur perlu dibuat dan diikuti,” katanya.

Mohd Taufik berkata, untuk mencapai kejayaan, ketua perlu memberi contoh yang baik kepada pekerja.

Beliau yang mengibarat­kan ketua sebagai pemandu dan pekerja seperti penumpang berkata, pemandu yang baik akan memandu dengan betul, seterusnya berjaya sampai ke destinasi ditetapkan.

Katanya, dalam mengurus, KPJ Klang menggunaka­n model pengurusan LEAN yang menumpukan pengurusan pembaziran yang akan menambah baik kaedah, prosedur dan cara kerja seharian, sekali gus memberi impak positif kepada perkhidmat­an serta mempercepa­tkan proses penyampaia­n yang akan memenuhi kehendak pelanggan.

Hospital Pakar KPJ Klang adalah penerima Anugerah Perdana Menteri 2016.

Pengarah Sumber Manusia, Finisar Malaysia Sdn Bhd, Dr Siva Sitrembala­n pula berkata, syarikatny­a menekankan tiga komponen penting dalam pengurusan iaitu kreativiti, inovatif dan suasana kerja.

Perlu kreatif, inovatif

“Pekerja perlu menjadi seorang yang kreatif dan inovatif kerana ini membantu proses peningkata­n berkaitan pekerja serta operasi.

“Dua perkara ini perlu disokong dengan teknologi maklumat yang menjadi satu daripada komponen penting dalam MBEF,” katanya.

Untuk memastikan kejayaan syarikatny­a, Finisar banyak bekerjasam­a dengan MPC sejak tiga tahun lalu.

Katanya, MPC adalah agensi terbaik dalam peningkata­n produktivi­ti dan sepanjang tiga tahun, Finisar mendapat banyak faedah dan manfaat menerusi inisiatif diperkenal­kan MPC.

Finisar sebelum ini memenangi kategori terbuka Anugerah Kecemerlan­gan Industri 2016.

Finisar juga sudah mendapat pengiktira­fan antarabang­sa melalui Anugerah Kecemerlan­gan Prestasi Global (GPEA) 2017 anjuran Pertubuhan Kualiti Asia Pasifik (APQC)

Menerusi konsep Kecemerlan­gan Perniagaan (BE), rangka kerja dan modul dibangunka­n, malah banyak negara yang menerapkan konsep ini bagi memastikan kejayaan dapat dicapai” Ong Ka Chuan, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II

 ?? [FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] ?? Ka Chuan (empat dari kiri) pada majlis perasmian Forum Kecemerlan­gan Perniagaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), di Kuala Lumpur.
[FOTO AIZUDDIN SAAD/BH] Ka Chuan (empat dari kiri) pada majlis perasmian Forum Kecemerlan­gan Perniagaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia