Berita Harian

Lama syak penguat kuasa Maritim Malaysia korup

Banyak operasi gagal ekoran pembocoran maklumat: Zulkifli

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sudah lama mengesyaki pembabitan anggotanya dalam melepaskan nelayan asing yang ditahan kerana menceroboh perairan negara.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Seri Zulkifili Abu Bakar, berkata pembabitan anggotanya menyebabka­n Maritim Malaysia menghadapi masalah penguatkua­saan terhadap kegiatan penceroboh­an nelayan asing dan jenayah lain di laut.

“Maritim Malaysia mempunyai kekangan dalam menguatkua­sakan undang-undang dan gejala rasuah dalam kalangan orang sendiri menambah masalah.

“Banyak operasi yang dijalankan kurang berjaya susulan isu kerahsiaan dan pembocoran maklumat tetapi dengan kerjasama Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kita harap isu ini dapat diselesaik­an,” katanya pada sidang media Ops Armada di Ibu Pejabat SPRM di sini, semalam.

Yang hadir sama, Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad; Timbalan Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Azam Baki; Pengarah Bahagian Perisikan SPRM; Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya dan Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Simi Abd Ghani.

Dalam Ops Armada yang dilancarka­n bersama kedua agensi itu, lima anggota Maritim Malaysia ditahan di Sabah dan Sarawak.

Mengenai tindakan ke atas penguat kuasa yang terbabit, Zulkifili berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana pihak.

Tidak akan berkomprom­i

“Kami tidak akan berkomprom­i dengan sesiapa pun kerana itu adalah maruah sebahagian besar penguat kuasa yang ikhlas bekerja siang dan malam serta menempuh rintangan serta cuaca buruk di lautan.

“Malah, kami komited menghapusk­an dalang aktiviti ini agar tidak terus merosakkan nama baik Maritim Malaysia,” katanya.

Maritim Malaysia menjadi agensi penguatkua­saan pertama yang hadir memberi maklumat kepada SPRM mengenai kegiatan rasuah dalam agensi berkenaan.

Zulkifili berkata, antara perlakuan nelayan asing dikenal pasti ialah aktiviti klon bot milik nelayan supaya menyamai bot nelayan tempatan, iaitu modus operandi paling biasa dilakukan.

“Bot nelayan Vietnam biasanya menggunaka­n pukat tunda ganding yang diharamkan di sini, malah mereka juga dikesan menangkap ikan dilarang oleh undang-undang negara seperti ikan yu.

“Kawasan paling banyak berlaku penceroboh­an dan kesalahan adalah di Pantai Timur Sedili, Johor; Tok Bali, Kelantan; Kuching, Bintulu dan Miri di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah,” katanya.

 ?? [FOTO IHSAN SPRM] ?? Antara bot klon yang ditemui di pangkalan nelayan di Vietnam.
[FOTO IHSAN SPRM] Antara bot klon yang ditemui di pangkalan nelayan di Vietnam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia