Berita Harian

Semua suspek direman lima hingga tujuh hari

-

Kuala Lumpur: Semua 22 individu yang ditahan dalam Ops Armada direman antara lima hingga tujuh hari di Terengganu, Sabah dan Sarawak, bermula semalam.

Perintah itu untuk membantu Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes salah laku rasuah membabitka­n isu penceroboh­an bot nelayan asing di perairan negara.

Di Chukai, Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy mengeluark­an perintah reman tujuh hari ke atas jurubahasa sambilan warga Vietnam, suaminya dan seorang tauke bot atas dakwaan memberi suapan RM100,000 kepada pegawai Maritim Malaysia.

Ketiga-tiga suspek itu ditahan di sebuah restoran di Kemaman, jam 1.30 petang kelmarin, selepas menyerahka­n wang tunai RM100,000 kepada pegawai Maritim Malaysia.

Wang rundingan

Wang itu sebagai rundingan supaya sebuah bot nelayan Vietnam yang ditahan, baru-baru ini dan sedang menunggu proses pelupusan dapat dilepaskan.

Di Kota Kinabalu, Mahkamah Majistret membenarka­n Timbalan Pengarah Logistik Maritim Malaysia direman enam hari, manakala dua anggota agensi itu direman lima hari.

Perintah tahanan reman ke atas Timbalan Pengarah berusia 45 tahun dan laskar serta pegawai penyiasat berumur 39 dan 53 tahun itu dikeluarka­n oleh Majistret Afiq Agoes.

Di Miri, seorang ahli perniagaan berusia 58 tahun dan dua anaknya berumur 21 dan 31 direman tujuh hari kerana disyaki menjadi dalang di sebalik kegiatan penangkapa­n ikan secara haram oleh nelayan asing.

Di Petra Jaya, dua anggota Maritim Malaysia Wilayah Sarawak berusia 50 dan 53 tahun direman tujuh hari kerana disyaki menerima sogokan bagi melindungi nelayan asing.

 ?? [FOTO IHSAN SPRM] ?? Suspek ditahan dalam Ops Armada dibawa untuk direman, semalam.
[FOTO IHSAN SPRM] Suspek ditahan dalam Ops Armada dibawa untuk direman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia