Berita Harian

5 lagi bahagian lapor ROS

Ahli gesa pemimpin parti segerakan mesyuarat agung tahunan

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Bekas penggerak penubuhan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan ahli dari lima bahagian di Negeri Sembilan, semalam membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS), mendakwa pemimpin mereka gagal mematuhi perlembaga­an parti.

Mereka dari bahagian Seremban, Rembau, Rasah, Kuala Pilah dan Teluk Kemang, menyerahka­n laporan itu kepada pegawai ROS, Hezwan Helmi Mohamed Nordin, di sini semalam.

Bekas Setiausaha Pendaftar PPBM Negeri Sembilan, Abdul Rasid Mohamed, berkata ahli dan penggerak awal PPBM menggesa kepemimpin­an tertinggi parti segera mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta akur dengan perlembaga­an parti.

Banyak masalah tercetus

Beliau mendakwa, banyak masalah tercetus sehingga menimbulka­n keadaan kucar-kacir pada peringkat bahagian kerana ramai ahli tidak mengetahui status keahlian mereka.

“Ada individu mendakwa mereka ketua bahagian dan ketua cawangan, tapi tidak dapat disahkan kerana status mesyuarat di peringkat bahagian tidak diterima atau mendapat pengesahan PPBM pusat,” katanya

Selain lima bahagian terbabit, katanya, ada tiga lagi bahagian PPBM di Negeri Sembilan, iaitu Tampin, Jelebu dan Jempol dengan keanggotaa­n lebih 10,000 ahli.

Penghujung Oktober lalu, lapan bahagian PPBM Johor juga mengambil tindakan sama berhubung masalah kepimpinan tertinggi parti itu yang didakwa tidak mematuhi perlembaga­an berhubung AGM, audit penyata kewangan dan pengiktira­fan status pimpinan.

Abdul Rasid yang juga ahli PPBM Rembau, berkata khabar kononnya AGM ditangguhk­an, tidak dapat diterima kerana ia tidak dimaklumka­n atau mendapat persetujua­n ahli terlebih dahulu.

Katanya, AGM perlu diadakan secepat mungkin kerana ia boleh dijadikan medan bagi ahli menyuaraka­n pandangan mengenai perkara yang perlu diperbetul­kan supaya PPBM tidak menjadi milik individu berkepenti­ngan sahaja.

“Apa yang berlaku ialah ahli seperti tiada hak, hanya individu berkepenti­ngan boleh buat keputusan termasuk bersuara memberi pandangan. Kami juga menolak usul AGM ditangguh kerana PPBM parti politik baharu, tidak sepatutnya dilabel bergerak secara haram,” katanya.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Abdul Rasid (dua dari kiri) bersama lima wakil dari bahagian PPBM Negeri Sembilan mengemukak­an aduan kepada ROS di Putrajaya, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Abdul Rasid (dua dari kiri) bersama lima wakil dari bahagian PPBM Negeri Sembilan mengemukak­an aduan kepada ROS di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia