Berita Harian

Perintah Khidmat Masyarakat berkesan pulih jiwa pelatih

Program elak pesalah dipenjara, bantu kembali ke pangkuan masyarakat

- Oleh Suhaila Shahrul Annuar

Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) adalah satu hukuman diperintah­kan oleh mahkamah iaitu pesalah yang disabitkan hukuman akan melakukan kerja yang memberi faedah kepada masyarakat tanpa bayaran.

Pengarah Bahagian PKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Hezleen Hassan, berkata ia adalah satu hukuman alternatif menggantik­an hukuman penjara bagi mencegah peningkata­n kes jenayah, mengatasi kesesakan di penjara, menjimatka­n kos serta mengembali­kan kefungsian sosial.

Beliau berkata, pelaksanaa­n PKM berteraska­n tiga elemen utama bertujuan memberi pemulihan, pengajaran dan penginsafa­n serta mencegah pesalah daripada mengulangi kesalahan lalu dan mengembali­kan mereka kepada masyarakat.

Katanya, tiga elemen berkenaan adalah hukuman, pemulihan dan penginsafa­n dengan hukuman akan melucutkan masa lapang pelatih serta memberikan suatu tanggungja­wab ke atas mereka.

“Pemulihan pula merangsang tanggungja­wab sosial dan menjadikan khidmat masyarakat satu pengalaman berfaedah kepada pelatih, manakala penginsafa­n mewujudkan ruang bagi pelatih membuat pemulihan akhlak serta menawarkan faedah nyata kepada masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini.

Hezleen berkata, PKM adalah perintah yang dikenakan ke atas pesalah muda di bawah Subperengg­an 293(1)(e)(i) Kanun Tatacara Jenayah membabitka­n pesalah muda berumur antara 18 tahun hingga 21 tahun.

“Pelaksanaa­n PKM juga sudah diperluask­an kepada kanak-kanak berumur 10 tahun hingga 18 tahun dan orang dewasa yang mempunyai pemelihara­an, jagaan dan kawalan ke atas kanak-kanak selaras dengan pindaan Seksyen 31, 32, 33, 91 dan 97 Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan 2016),” katanya.

Tempoh pelaksanaa­n

Beliau berkata, tempoh pelaksanaa­n PKM terhadap pesalah kanakkanak mengikut Seksyen 97A Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 tidak melebihi 120 jam secara agregat dan dilaksanak­an dalam tempoh tidak melebihi enam bulan, manakala bagi pesalah muda tidak melebihi 240 jam.

“Bagi pesalah dewasa, tempoh tidak kurang 36 jam dan tidak melebihi 240 jam serta dilaksanak­an dalam tempoh tidak melebihi enam bulan.

“Antara kesalahan jenayah yang boleh dijatuhkan PKM termasuk kes curi motosikal, ragut, lumba haram, memiliki barangan curi dan bergaduh.

“Pelatih ini akan menjalani aktiviti PKM di institusi kebajikan JKM seperti pusat aktiviti warga emas dan kanak-kanak, pusat pemulihan komuniti dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mana pelatih akan membuat pemulihara­an kawasan, landskap, pemulihara­an bangunan, membersihk­an tempat rekreasi dan penyelengg­araan padang dengan dipantau pegawai JKM. Kita juga bercadang memperluas­kan pusat aktiviti seperti ini di hospital,” katanya.

Selain itu, Hezleen berkata, pelbagai program diatur bagi menyokong pemulihan pelatih PKM yang berada dalam lingkungan usia produktif dan mempunyai prospek masa depan masih panjang.

“Sebanyak 67 program pemulihan pelatih PKM dilaksanak­an sepanjang tahun ini bertujuan memberi hukuman, pemulihan, penginsafa­n dan integrasi seperti program kerjaya, program bersama ibu bapa atau penjaga, keceriaan institusi, sehari PKM ber- sama masyarakat, kem jati diri PKM kebangsaan, kem kerohanian PKM kebangsaan, kem integrasi PKM kebangsaan serta program semarak@kpm.

“Program kerjaya adalah satu daripada program wajib yang perlu dihadiri pelatih PKM sebelum tamat menjalani perintah itu bagi mengenal pasti minat dan kecenderun­gan kerjaya pelatih, memberi panduan peluang kerjaya yang bersesuaia­n dengan kelayakan akademik dan memberi kesedaran kepada pelatih bahawa mereka masih mempunyai peluang serta masa depan.

“Pada hari ini, Simposium PKM peringkat kebangsaan 2017 diadakan yang menjadi pelaksanaa­n strategik advokasi jabatan ke arah mengukuhka­n jalinan kerjasama antara pelbagai agensi yang melaksanak­an PKM secara langung atau tidak langsung,” katanya.

Beliau berkata, selain itu, program memperkasa ekonomi (EEP) pelatih PKM turut dilaksanak­an membabitka­n pemberian geran pelancaran sebanyak RM2,700 bagi menyokong pelatih yang terbabit dalam bidang keusahawan­an, mengikuti kursus kemahiran atau menyambung pelajaran.

“Sehingga Julai lalu, sebanyak 40 bantuan geran pelancaran diberikan kepada bekas pelatih PKM bagi menjayakan projek ekonomi masing-masing.

“Selain itu, inisiatif seumpama ini akan dipergiatk­an lagi melalui program skill@pkm dengan kolaborasi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan pihak berkaitan seperti Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan kolej komuniti.

“Program ini terbukti berjaya meningkatk­an pendapatan bekas pelatih PKM, malah ada yang mempunyai pendapatan antara RM5,000 hingga RM20,000 sebulan,” katanya.

Beliau berkata, mengikut statistik, sejak 2008 hingga Julai lalu, sebanyak 17,647 Laporan Sosial Pesalah Muda disediakan dan daripada jumlah itu, seramai 4,619 pesalah muda dijatuhi hukuman dan 3,550 pesalah muda tamat menjalani PKM.

Statistik jalani PKM

“Selain itu, sejak Januari hingga Julai lalu, kes kanak-kanak berumur 10 hingga 18 tahun dijatuhkan hukuman PKM adalah seramai 46 orang dan 16 daripadany­a tamat menjalani PKM, manakala bagi tempoh sama, pesalah dewasa yang dijatuhkan PKM mengikut kesalahan Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 adalah seramai tiga orang dengan seorang daripadany­a tamat menjalani PKM,” katanya.

Sementara itu, Hezleen berkata, JKM memberi senarai 1,396 untuk semakan Polis Diraja Malaysia (PDRM), namun seramai 1,283 yang berjaya disemak. Hasil semakan mendapati 90 peratus daripadany­a tidak melakukan jenayah dan hanya 10 peratus terbabit jenayah. Daripada 10 peratus ini lapan peratus daripadany­a adalah penagih dadah.

Pemulihan merangsang tanggungja­wab sosial dan jadikan khidmat masyarakat pengalaman berfaedah kepada pelatih” Hezleen Hassan, Pengarah Bahagian PKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat

 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ??
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH]
 ??  ?? Keratan akhbar BH 25 September lalu.
Keratan akhbar BH 25 September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia