Berita Harian

Naik lori, pacuan empat roda ke pusat peperiksaa­n

-

Butterwort­h: Seramai 150 calon Sijil Pelajaran Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Said di Sungai Dua, dekat sini, semalam dibawa dengan lori dan pacuan empat roda ke pusat peperiksaa­n selepas sekolah itu ditenggela­mi banjir hingga paras pinggang.

Tinjauan BH mendapati calon menunggu kira-kira 200 meter di luar sekolah untuk giliran menaiki kenderaan disediakan polis, seawal jam 6.30 pagi.

Muhammad Firdaus Zulkifli, 17, berkata dia bimbang memikirkan banjir yang tidak surut akan menyukarka­n perjalanan ke sekolah, apatah lagi kali pertama berdepan situasi seperti itu.

Bersyukur ramai hulur bantuan mudahkan urusan

“Biarpun terpaksa menjawab dalam keadaan kurang selesa, saya tetap bersyukur ramai pihak menyalurka­n bantuan untuk mempermuda­hkan urusan kami hari ini (semalam),” katanya

Bagi Nor Atikah Daud, banjir sedikit mengganggu emosinya kerana takut tidak dapat menjawab peperiksaa­n dengan baik hingga mengajak ibunya ke sekolah untuk menemaniny­a, semalam.

Di biarpun mengalami kerosakan teruk akibat banjir, SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bedong, tetap dilalui dengan lancar oleh 318 calon di tingkat dua sekolah itu, semalam.

Tinjauan BH mendapati, kerosakan membabitka­n bahagian bawah yang menempatka­n koperasi sekolah, makmal sains, surau dan bilik cetak.

Sungai Petani, Siap sedia jika calon terpaksa bermalam di sekolah

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) sekolah, G R Chandraseg­aran, berkata pihaknya sudah bersiap sedia sekiranya ada keperluan untuk calon bermalam di sekolah sekiranya banjir berulang.

Di enam calon SPM Orang Asli dari Kampung Simpang Arang, Gelang Patah, dekat sini terpaksa dibawa menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda ke pusat peperiksaa­n di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gelang Patah.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata dua pelajar lelaki dan empat perempuan itu dibawa dengan pacuan empat roda milik guru sekolah selepas jalan menghubung­kan rumah mereka dan pusat peperiksaa­n ditenggela­mi air.

Johor Bahru,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia