Berita Harian

Program UMP Kompeten naik taraf kemahiran warga industri

Belia wajar rebut peluang sambung pengajian ditawarkan di UMP Advanced

- Oleh Shahrinnah­ar Latib

Belia dalam sektor industri wajar merebut peluang menyambung pengajian ke program yang ditawarkan di UMP Advanced bagi memberi nilai tambah ilmu serta kemahiran masing-masing.

Pengurus Besar Jabatan Akademik & Rundingcar­a Pelajar UMP Advanced, Prof Madya Dr Mohd Rashid Ab Hamid, berkata keperluan memiliki sijil kompetensi dalam bidang tertentu yang memerlukan kepakaran spesifik menuntut penjelajah­an ilmu kemahiran tinggi tanpa henti.

Katanya, sijil kompetensi yang ditawarkan di UMP Advanced juga selaras dengan hasrat menjadikan mereka sebagai pekerja mahir bertaraf UMP Kompeten.

Tingkat kemahiran

“Justeru, satu program bercirikan UMP Kompeten sudah dirangka dan dibangunka­n oleh kita bagi mempersiap­kan warga kerja industri ke arah meningkatk­an kemahiran dalam mendepani caba- ran dan ledakan revolusi industri 4.0 yang giat diperkatak­an akhirakhir ini.

“Menerusi kemasukan ke program yang ditawarkan ini, ia dapat membantu meluaskan pasaran dan peluang golongan sasar untuk menyambung pengajian dalam Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Laluan kemasukan ke sesuatu program juga boleh dinilai berdasarka­n pengalaman yang mereka miliki,” katanya ketika ditemui di pejabat UMP Advanced di Gambang, dekat sini, semalam.

Katanya, pengiktira­fan pengalaman itu adalah usaha mengiktira­f pembelajar­an secara tidak formal yang turut membolehka­n seseorang mendapat pengecuali­an kredit untuk kursus tertentu selepas melalui penilaian ditetapkan.

Mohd Rashid berkata, menerusi peluang diberikan melalui Pembelajar­an Sepanjang Hayat (PSH) itu, belia yang sedang bekerja dapat menikmati peningkata­n sosioekono­mi selepas tamat pengajian.

Tingkat taraf kehidupan

“Maksudnya, peningkata­n taraf kehidupan kepada yang lebih baik dan selesa menerusi kenaikan pangkat atau gaji yang diberi majikan selain memperoleh ilmu dan kemahiran dengan mengikuti program di UMP Advanced.

“Kita berharap hasrat TVET Malaysia melahirkan pekerja berkemahir­an tinggi dan kompeten dapat dilaksanak­an dengan jayanya berdasarka­n keperluan tenaga mahir dalam pelbagai sektor bagi merancakka­n pembanguna­n menggunaka­n tenaga tempatan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, PSH adalah agenda utama negara dalam memastikan rakyat mendapat peluang pendidikan merentasi peringkat umur, latar belakang pendidikan dan lokasi pembelajar­an.

“Kerajaan melihat PSH sebagai inisiatif utama seperti digariskan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) dan Pelan Induk Pembudayaa­n Pembelajar­an Sepanjang Hayat 2011-2020.

“Usaha pembudayaa­n dan pemerkasaa­n PSH ini juga diterjemah­kan dalam pelbagai produk penawaran program yang dijalankan secara separuh masa atau eksekutif untuk warga kerja industri di UMP Advanced,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia