Berita Harian

Akses maklumat autisme menerusi ikurnia

-

Kuala Lumpur: Modul pendidikan dalam talian, ikurnia diperkenal­kan bagi meningkatk­an tahap kefahaman masyarakat mengenai autisme.

Ia yang merangkumi tiga unit utama, iaitu asas autisme, asas intervensi dan ikurnia Live, hasil inisiatif Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) -Rangkaian Maklumat Bagi OKU Malaysia (MIND) dengan kerjasama PERMATA Kurnia.

Penaung Program PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata Pertubuhan Kesihatan Dunia menganggar­kan satu peratus kejadian autisme dalam sesebuah negara.

Tambah baik laman web

“Menyedari peningkata­n autisme serta keperluan ibu bapa yang mempunyai anak seperti ini, saya menyaranka­n BAKTI-MIND membuat penambahba­ikan pada laman webnya dengan memuatkan maklumat mengenai autisme.

“Menerusi pautan Pusat PERMATA Kurnia, pengguna yang melayari laman web MIND dapat mengakses pelbagai maklumat mengenai autisme. Laman ini cukup komprehens­if.

“Ia mengandung­i maklumat merentasi pelbagai spektrum berkaitan autisme, termasuk perkara asas sehingga maklumat teknikal dan pendidikan khusus.

“ikurnia adalah kursus pendidikan dalam talian pertama seumpamany­a di Malaysia. Ia menggunaka­n sepenuhnya platform pembelajar­an terbuka dan Youtube,” katanya pada majlis pelancaran laman web MIND, di sini yang turut dihadiri Pengarah Pusat PERMATA Kurnia, Prof Dr Hasnah Toran, semalam.

Rosmah berkata, lebih 300 kanakkanak autisme dilatih menerusi intervensi awal, prasekolah dan pendidikan komuniti oleh badan itu.

Orang ramai boleh mencapai pautan ikurnia menerusi laman www.mind.org. bagi mendalami dan memahami maksud autisme.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia