Berita Harian

Enam usaha diambil atasi kekurangan doktor pakar

4,898 sedang berkhidmat di klinik, hospital kerajaan seluruh negara

- Laporan Mohd Anwar Patho Rohman, Nadia Hamid dan Faris Fuad bhnews@bh.com.my

Seramai 4,898 doktor pakar sedang berkhidmat di klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara sehingga 30 September lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya, berkata kerajaan turut melaksanak­an usaha untuk menambahka­n doktor pakar.

Antaranya, meningkatk­an 200 slot tambahan pengambila­n pegawai perubatan menjalani program sarjana kepakaran dengan Hadiah Latihan Persekutua­n menjadikan jumlah keseluruha­nnya 1,000 pengambila­n bermula 2015.

Program laluan paralel

Katanya, kerajaan turut menggalakk­an pegawai perubatan yang berminat menjadi pakar menjalani latihan kepakaran melalui program laluan paralel bersama universiti luar.

“Kementeria­n turut melantik semula pegawai perubatan pakar yang sudah tamat kontrak untuk berkhidmat dengan kementeria­n mengikut keperluan,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Dr Izani Husin (Pas-pengkalan Chepa) mengenai jumlah terkini doktor pakar di hospital kerajaan dan langkah kerajaan menangani masalah kekurangan doktor pakar.

Dr Hilmi berkata, pegawai perubatan pakar tempatan yang sudah bersara wajib turut dilantik semula secara kontrak untuk berkhidmat dengan kementeria­n mengikut keperluan.

Katanya, kementeria­n juga mendapatka­n perkhidmat­an doktor pakar swasta untuk berkhidmat secara profesiona­l.

“Kami juga menggalakk­an pegawai perubatan pakar dari kalangan warga negara Malaysia yang berkhidmat di luar negara pulang ke tanah air,” katanya.

Kami menggalakk­an pegawai perubatan pakar warga negara Malaysia di luar negara pulang ke tanah air” Dr Hilmi Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia