Berita Harian

5,160 dilatih program SL1M-GREEN

-

Seramai 5,160 siswazah dilatih di bawah program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M-GREEN) menerusi peruntukan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) berjumlah RM89 juta, pada tahun lalu dan 2015.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz, berkata 77 peratus atau seramai 3,973 siswazah daripada jumlah itu mendapat pekerjaan selepas tamat latihan selama tujuh bulan.

Katanya, ia merangkumi pelbagai skop pekerjaan antaranya bidang pendidikan, pembuatan, jualan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Kaji silibus program SL1M

“(Mengenai) Persoalan 23 peratus (1,186 siswazah) tidak mendapat pekerjaan, kita dalam proses mengkaji silibus program SL1M. Mungkin ada yang tiada kaitan atau tidak relevan dengan kursus diambil siswazah berkenaan.

“Ada kemungkina­n siswazah ambil kursus tertentu yang kurang mendapat tawaran kerja. Khazanah akan mencari ruang bagi menyelesai­kan segala persoalan berbangkit,” katanya menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (Bn-gerik).

Selain Khazanah, Othman berkata CIMB, Axiata Group Bhd, UEM Group dan Telekom Malaysia antara syarikat besar tempatan terbabit dengan pelaksanaa­n SL1M bagi memastikan graduan mendapat pilihan dan peluang mengikut kebolehan masing-masing.

“Malah, dalam Bajet 2018, RM40 juta diperuntuk­kan bagi program temu duga terbuka di seluruh negara, selain bagi mewujudkan pusat sehenti pencarian kerja di lokasi terpilih.

“Ini menunjukka­n kerajaan sentiasa komited mengurangk­an kadar penganggur­an di negara ini,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Syarikat besar tempatan turut jayakan SL1M bantu graduan mendapat kerja mengikut kebolehan masing-masing.
[FOTO HIASAN] Syarikat besar tempatan turut jayakan SL1M bantu graduan mendapat kerja mengikut kebolehan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia