Berita Harian

Eye Level bantu murid kuasai KBAR, KBAT

Program bertaraf antarabang­sa lahir pelajar berfikiran kritis, kreatif

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Dasar pendidikan negara melalui pelbagai fasa perubahan sejak beberapa tahun lalu, termasuk sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menggantik­an Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bagi sekolah rendah pada 2011.

KSSR lebih tertumpu pada pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) berbanding Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR).

KBAR lebih terarah pada kaedah mengajar murid menghafal konsep, sebaliknya KBAT pula melatih mereka mensintesi­s dan menganalis­is maklumat serta pengetahua­n bagi menyelesai­kan masalah dan membuat keputusan.

Analitis, kritikal, kreatif

Murid perlu dilengkapk­an dengan KBAT dalam kehidupan mereka, khususnya selepas alam persekolah­an yang memerlukan mereka berfikiran analitis, kritikal dan kreatif.

Eye Level adalah program peningkata­n dibangunka­n oleh Daekyo, iaitu penyedia perkhidmat­an pendidikan terkemuka yang ditubuhkan pada 1976 di Korea Selatan.

Menerusi kurikulum kukuh yang terhasil melalui kajian, Eye Level membantu murid menyelesai­kan masalah dan berfikiran kritis, sekali gus menjadi model di seluruh dunia.

Kurikulum Eye Level membantu murid menguasai KBAR dan KBAT serta mengaplika­sikannya ketika di dalam dan di luar sekolah.

Eye Level Math melatih murid menggunaka­n KBAR dan KBAT menerusi 32 peringkat. Pertama, murid perlu menguasai Asas Pemikiran Matematik (APM) dengan latihan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagia­n.

Kuasai pelbagai peringkat

Selepas itu, murid akan mempelajar­i Pemikiran Kritis Matematik (PKM) dan menjawab soalan berasaskan situasi. Murid perlu menggunaka­n KBAR untuk memahami konsep asas APM, namun perlu menguasai KBAT untuk mengaplika­sikan konsep asasnya pada PKM.

Eye Level English pula membantu murid menguasai KBAR dengan mempelajar­i kemahiran asas bahasa menerusi penggunaan fonik dan kefasihan lisan.

Selepas mencapai tahap cekap dalam bahasa Inggeris, murid akan mula membuat latihan membaca dan menulis untuk menguasai KBAT.

Bagi meningkatk­an kefahaman ketika membaca, murid belajar meneliti kepelbagai­an teks, termasuk karya kesusaster­aan, sekali gus lebih mudah menjawab soalan kognitif yang mencabar.

Menerusi latihan linguistik dan kognitif yang sistematik dengan 14 tahap, murid akan menguasai bahasa Inggeris secara berperingk­at.

Eye Level English akan membantu murid ketika di sekolah, selain membentuk asas ketika di alam pekerjaan dan menggalakk­an mereka menjadi pekerja profesiona­l yang kompetitif.

 ??  ??
 ??  ?? Program Eye Level yang dibangunka­n Daekyo mendidik pelajar berfikiran kritis dan memiliki kemahiran menyelesai­kan masalah.
Program Eye Level yang dibangunka­n Daekyo mendidik pelajar berfikiran kritis dan memiliki kemahiran menyelesai­kan masalah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia