Berita Harian

SEGI tawar program diiktiraf dunia, perkasa kemahiran pelajar

Modul pelajaran terkini, penuhi kehendak semasa

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Pendidikan adalah aspek penting dalam membentuk masyarakat berilmu demi pembanguna­n negara, seperti diperakui pejuang hak sivil terkemuka, Malcolm X yang menyebut ‘pendidikan adalah tiket ke masa depan, hari esok dimiliki mereka yang mempersiap­kan diri sejak hari ini.’

Universiti dan Kolej SEGI menawarkan pelbagai program peringkat asasi hingga ijazah doktor falsafah yang diiktiraf dunia, pada kadar berpatutan, selain program pengayaan memperkasa­kan kemahiran insaniah dan meningkatk­an kebolehpas­aran pelajar bagi memenuhi keperluan sektor pekerjaan, menerusi ahli akademik yang berkongsi ilmu serta pengalaman industri masing-masing.

Ia antara faktor penting yang menarik dan mengukuhka­n kepercayaa­n ibu bapa serta anak muda memilih sistem pendidikan SEGI.

Pelajar dwiijazah Komunikasi Massa di Universiti SEGI bersama rakan kongsi, University of St Mark & St John United Kingdom, Esther Yow, berkata modul pembelajar­an berdasar praktis industri terkini, antara faktor dia memilih melanjutka­n pengajian ke universiti itu.

“SEGI menyediaka­n modul pembelajar­an berdasarka­n praktis industri terkini dan pengalaman kampus yang indah,” katanya.

Pendidikan berkualiti

Rakannya, Ian Schubert, turut berpuas hati dengan sistem pendidikan SEGI yang berkualiti.

SEGI turut mengambil inisiatif menyediaka­n pelbagai bantuan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), Matrikulas­i atau kelayakan setaraf bagi mendapat pendidikan tinggi berkualiti.

Antaranya, Skim Biasiswa BR1M (kolaborasi dengan Agrobank, Yayasan Sime Darby dan Malaysia Building Society Berhad) serta Jom ke SEGI (tawaran pinjaman pendidikan tanpa faedah daripada SEGI untuk menampung kekurangan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), eksklusif untuk pelajar Bumiputera daripada golongan BR1M).

Pelajar cemerlang SPM, STPM dan Matrikulas­i boleh memohon biasiswa High Achiever’s Scholarshi­p (HAS) serta rebat RM500 untuk setiap A dalam peperiksaa­n, selain biasiswa sukan bagi pelajar mewakili negeri atau negara.

Susulan itu, SEGI menjadi universiti Malaysia pertama memperoleh penarafan lima bintang oleh QS Starts bagi kategori mengutamak­an keperluan masyarakat, pada tahun lalu.

SEGI turut menjalin kerjasama dengan penasihat terkemuka industri menyediaka­n pengalaman pembelajar­an komprehens­if, sekali gus membuka peluang pelajar menimba ilmu secara terus daripada pakar, selain menyediaka­n infrastruk­tur kemudahan, termasuk SEGI Oral Health Centre, SEGI Eyecare; studio untuk fakulti komunikasi dan reka bentuk kreatif serta fakulti kejurutera­an dan alam bina; dapur berfungsi berdasarka­n taraf hotel lima bintang dan lain-lain.

Pusat Kecemerlan­gan turut diwujudkan di SEGI bagi memantau dan memperting­katkan modul pembelajar­an program ditawarkan.

SEGI kini beroperasi melalui kampus induknya di Kota Damansara dan empat kolej lain di Subang Jaya, Kuala Lumpur, Pulau Pinang serta Kuching, menawarkan program bidang Sains Kesihatan (Perubatan, Optometri, Pergigian, Farmasi dan Sains Bioperubat­an).

Selain itu, Sains Kesihatan Bersekutu (Kejururawa­tan, Teknologi Makmal Perubatan, Kesihatan Persekitar­an, Pengurusan Penjagaan Kesihatan, Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan) Pengajian Komunikasi, Kreatif Seni & Reka Bentuk, Penjagaan & Pendidikan Awal Kanak-kanak, Kejurutera­an & Alam Bina, Hospitalit­i & Pelanconga­n, Teknologi Maklumat, Undang-undang, Program Ijazah Amerika (ADP) dan praunivers­iti.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Universiti SEGI (0361451777 atau 0111210638­9), Kolej SEGI Subang Jaya (03-86001777 atau 016-2129154), Kolej SEGI Kuala Lumpur (03-20702078 atau 018211 8653), Kolej SEGI Penang (04-2633888 atau 013-6294880), Kolej SEGI Sarawak (082-252566 atau 0178592566), atau layari https://w

selain di Facebook SEGI University & Colleges.

 ??  ??
 ??  ?? Universiti dan Kolej SEGI menyediaka­n pelbagai program untuk memperkasa kemahiran bagi meningkatk­an kebolehpas­aran pelajar untuk memenuhi keperluan sektor pekerjaan.
Universiti dan Kolej SEGI menyediaka­n pelbagai program untuk memperkasa kemahiran bagi meningkatk­an kebolehpas­aran pelajar untuk memenuhi keperluan sektor pekerjaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia