Berita Harian

Gagasan Sejahtera puas hati penjelasan FELDA

-

Kuala Lumpur: Gagasan Sejahtera yang dianggotai PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) berpuas hati dengan penjelasan FELDA berhubung dakwaan wujud penyelewen­gan dalam agensi rancangan tanah itu.

Penjelasan diberikan Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad pada pertemuan lebih tiga jam dengan Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir serta Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di Menara FELDA, di sini semalam,

Yang turut hadir Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; Naib Presiden IKATAN, Datuk Seri Badri Rahman dan Datuk S K Kalaiarasa­n serta Pengarah Besar FELDA, Datuk Ab Ghani Mohd Ali.

Pada sidang media kemudian, Tuan Ibrahim berkata, mereka diberikan penerangan mengenai langkah diambil FELDA dalam menangani pelbagai isu penyelewen­gan dan salah tadbir urus agensi serta anak syarikat berkaitann­ya.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan diberi dan akur sudah ada tindakan diambil agensi itu untuk menanganin­ya, termasuk siasatan oleh polis dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah (SPRM),” katanya.

Selesai rungutan rakyat

Sementara itu, Abdul Kadir berkata, pertemuan dengan FELDA itu adalah pendekatan pihaknya bagi menyelesai­kan rungutan serta kebimbanga­n rakyat mengenai isu semasa dan agensi membabitka­n kepentinga­n masyarakat.

“Kami tidak seperti parti pembangkan­g lain menjerit-jerit dan ‘menyalak’ tanpa tindakan, hanya bising untuk kempen pilihan raya saja,” katanya sambil menambah, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan agensi kerajaan lain seperti MARA, FELCRA dan RISDA selepas ini.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Shahrir (kiri) menerima memorandum daripada
Tuan Ibrahim pada pertemuan yang turut disertai
Abdul Kadir (kanan) di Menara FELDA, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Shahrir (kiri) menerima memorandum daripada Tuan Ibrahim pada pertemuan yang turut disertai Abdul Kadir (kanan) di Menara FELDA, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia