Berita Harian

Dr Mahathir gagal cabar pelantikan Md Raus, Zulkefli

Mahkamah berpendapa­t tiada kewajipan statutori PM menasihati Yang di-pertuan Agong

-

dua hakim berkenaan.

Prosiding dalam kamar turut dihadiri peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Dr Mahathir.

Loke ketika ditemui pemberita berkata, mahkamah menolak kedua-dua permohonan Dr Mahathir selepas berpendapa­t tiada kewajipan statutori untuk Perdana Menteri menasihati Yang di-pertuan Agong supaya membatalka­n pelantikan Md Raus dan Zulkefli.

Tolak permohonan tanpa kos

“Mahkamah menolak permohonan tanpa sebarang kos,” katanya.

Mohamed Haniff Khatri berkata, pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu di Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat.

Dr Mahathir memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 9 Ogos lalu, menamakan Najib, kerajaan dan Md Raus sebagai responden bagi mendapatka­n perintah mandamus supaya mewajibkan Perdana Menteri dan kerajaan memberi nasihat kepada Yang di-pertuan Agong berkaitan pelantikan Md Raus.

Nasihat itu bertujuan membatalka­n atau menamatkan perkenan Yang di-pertuan Agong yang diberikan pada 25 Mei lalu, berkaitan pelantikan Md Raus sebagai Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutua­n dan terus memegang jawatan Ketua Hakim Negara bermula 4 Ogos lalu bagi tempoh tiga tahun.

Dr Mahathir turut memfailkan satu lagi permohonan sama pada 27 September lalu dengan menamakan Najib, kerajaan dan Zulkefli selaku responden bagi mencabar perlantika­n dan lanjutan tempoh perkhidmat­an presiden Mahkamah Rayuan itu.

Kedua-dua permohonan dikemukaka­n atas alasan antaranya, dalam Perkara 125(1) Perlembaga­an Persekutua­n tidak membenarka­n pelantikan seseorang yang sudah mencapai umur perkhidmat­an perlembaga­an iaitu 66 tahun, enam bulan untuk memegang jawatan berkenaan.

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 8 Julai lalu.
Keratan akhbar BH pada 8 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia