Berita Harian

RM50J dilabur dalam PKS

Dana Pelaburan Bersama ditubuh bantu perluas perniagaan

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Kerajaan akan menubuhkan Dana Pelaburan Bersama (CIF) berjumlah RM50 juta untuk membantu syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembang­kan perniagaan.

Dana daripada geran sedia ada yang diperuntuk­kan oleh kerajaan itu akan dilabur secara bersama dengan pelabur swasta dalam PKS menerusi platform pembiayaan ekuiti ramai (ECF) dan rakan setara (P2P).

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) akan membantu menubuhkan dana berkenaan.

Beliau berkata, SC juga akan menetapkan kriteria pelaburan bersama bagi pembiayaan berasaskan ekuiti dan hutang.

“Apabila dana itu beroperasi, ia akan dilabur secara bersama dalam kempen Pembiayaan ECF dan P2P,” katanya pada Persi- dangan Kewangan Digital SCXSC 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang hadir sama Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh.

Johari berkata, menerusi dana itu, kerajaan berharap dapat memberi mekanisme yang cekap bagi perkongsia­n dan tanggung jawab bersama antara pelabur Malaysia dan kerajaan untuk melabur dan mengembang­kan PKS di negara ini.

Platform ECF, P2P

Beliau berkata, platform ECF dan P2P itu sangat penting kepada ekosistem PKS kerana ia memberi peluang kepada syarikat berkenaan untuk mengembang­kan perniagaan mereka.

Menyentuh mengenai prestasi platform ECP dan P2P, Johari berkata, kedua-dua platform itu berjaya memenuhi keperluan lebih 80 PKS yang terbabit dalam pelbagai sektor dengan jumlah dana RM43 juta.

Beliau berkata, meskipun banyak kerja perlu dilaksanak­an lagi, pencapaian awal yang dicatatkan itu adalah baik kepada pembanguna­n ECF dan P2P untuk menjadi saluran yang baik untuk membiayai PKS.

Di samping itu, Johari berkata, modal teroka (VC) juga menjadi pemacu pembiayaan penting yang perlu dibangunka­n lagi di Malaysia.

Beliau berkata, dalam memacu pertumbuha­n pantas industri VC di negara ini, kerajaan meningkatk­an kesediaan perkumpula­n dana untuk pelaburan VC dan menarik lebih ramai pakar VC ke negara ini.

 ??  ?? Johari bersalaman dengan Ranjit pada Persidanga­n Kewangan Digital SCXSC 2017 di Kuala Lumpur, semalam.
Johari bersalaman dengan Ranjit pada Persidanga­n Kewangan Digital SCXSC 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia