Berita Harian

TALENTCORP

Strategi pertingkat bakat pekerjaan

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Talent Corporatio­n Malaysia Bhd (Talentcorp) optimis mampu memperting­katkan strategi bakat untuk industri pekerjaan masa depan melalui pelbagai agenda yang dirancang pihaknya.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Talentcorp, Datuk Seri Idris Jala, berkata perkara ini penting dalam memperting­katkan bakat pekerjaan di Malaysia bagi menghadapi situasi baharu pekerjaan pada masa hadapan.

“Industri pekerjaan akan berubah dengan kemunculan pelbagai teknologi selain kewujudan pekerjaan baharu, bukan sahaja di Malaysia tapi dunia. Kita perlu bersiap sedia menghadapi perkara ini.

“Tenaga kerja yang bersedia untuk masa depan adalah penting bagi memastikan kejayaan Malaysia dalam menghadapi pasaran masa depan yang berdaya saing. Talentcorp meletakkan keutamaan dalam memastikan kita berupaya membuat peralihan yang lancar ke atas tenaga kerja baharu,” katanya pada sidang media Talent Compact 4.0 di Kuala Lumpur, semalam.

Persiap modal insan

Idris berkata, lantaran itu Talent Compact 4.0 diwujudkan bagi menyokong Revolusi Industri 4.0, melengkapi inisiatif National Leaders Circle yang diperkenal­kan dalam Bajet 2018 lalu untuk mewujudkan dan menyediaka­n saluran modal insan korporat.

Beliau yang juga Pengerusi Talent Compact 4.0 berkata, program itu disertai panel penasihat industri yang bertujuan menangani keperluan modal insan yang dipertingk­atkan untuk masa depan pekerjaan.

Katanya, ia akan menggabung­kan 10 pakar yang mewakili industri utama dan baru muncul di Malaysia yang bertindak sebagai panel penasihat bebas untuk membantu dalam membangunk­an Pelan Tindakan Masa Depan Pekerjaan Kebangsaan.

“Dengan gabungan kepakaran dan pengalaman panel terbabit, Talent Compact 4.0 mampu menyediaka­n panduan strategik yang diperlukan untuk membantu usaha mengendali­kan agenda modal insan pada landasan yang betul.

“Ia akan memberi pandangan dan mencadangk­an strategi yang diperlukan bagi memastikan ekosistem modal insan negara bersedia menghadapi cabaran masa depan dan kesannya terhadap pekerjaan, tempat kerja dan juga tenaga kerja,” katanya.

Idris berkata, Pelan Tindakan Masa Depan Pekerjaan Kebangsaan juga bakal mengenal pasti peluang dan risiko yang akan muncul daripada Revolusi Industri 4.0, berupaya menggarisk­an dan menentukan strategi serta tindakan yang diperlukan.

Revolusi Industri 4.0, yang dicirikan oleh perkembang­an teknologi katanya sedang merangka semula kerja di seluruh sektor, geografi dan setiap peringkat dalam sesebuah organisasi.

 ??  ??
 ?? [FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] ?? Idris pada sidang media Talent Compact 4.0 di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporatio­n Malaysia Berhad, Shareen Shariza Abdul Ghani.
[FOTO ZULFADHLI ZULKIFLI/BH] Idris pada sidang media Talent Compact 4.0 di Kuala Lumpur, semalam. Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Talent Corporatio­n Malaysia Berhad, Shareen Shariza Abdul Ghani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia