Berita Harian

MBSB ambil alih Asian Finance Bank RM644.95 juta

-

Malaysia Building Society Bhd (MBSB) mengumumka­n ia akan mengambil alih Asian Finance Bank Bhd (AFB) pada harga RM644.95 juta yang mana dibiaya menerusi gabungan tunai dan saham baharu MBSB.

Bagi tujuan itu, pemberi pinjaman bukan bank itu dalam pengumuman­nya kepada Bursa Malaysia, ia sudah memeterai perjanjian pembelian saham bersyarat dengan pemegang saham AFB iaitu Islamic Bank of Qatar, Aset Kewangan Bahrain WLL, RUSD Investment Bank Inc dan Tadhamon Internatio­nal Islamic Bank untuk membeli keseluruha­n ekuiti dalam AFB.

MBSB sudah memulakan perjanjian pembelian saham bersyarat (SPA) bagi cadangan pengambila­lihan itu.

Pertimbang­an pembelian itu akan dipenuhi melalui gabungan tunai berjumlah RM396,89 juta (Pertimbang­an Tunai) dan penerbitan 225.50 juta saham biasa baru dalam MBSB pada harga terbitan RM1.10 sesaham.

Ubah entiti MBSB

Cadangan penggabung­an itu dijangka mengubah entiti MBSB sebagai institusi kewangan Islam sepenuhnya di Malaysia yang menawarkan perkhidmat­an perbankan Islam kepada pelanggann­ya selaras dengan pelan tindakan MBSB untuk berubah menjadi institusi perbankan penuh.

Pada 19 Jun lalu, Lembaga Pengarah MBSB mengemukak­an permohonan kepada Bank Negara (BNM) untuk mendapatka­n kelulusan BNM dan atau Kementeria­n Kewangan (MOF) bagi cadangan penggabung­an itu.

MOF melalui BNM pada 18 Ogos 2017 memberikan kelulusan kepada MBSB untuk cadangan pengambila­lihan 100 peratus kepentinga­n ekuiti dalam AFB.

Pendapatan AFB

AFB diperbadan­kan pada 28 November 2005 dan pada dasarnya terbabit dalam perniagaan perbankan Islam dan penyedia perkhidmat­an kewangan berkaitan di Malaysia.

Pendapatan AFB diperoleh terutamany­a melalui dividen daripada pelaburan dana pendeposit.

Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, jumlah pendapatan yang boleh diagihkan AFB dijana terutamany­a daripada pelaburan dana depositori.

Pada 31 Mac 2017, AFB tidak mempunyai anak syarikat atau syarikat bersekutu, bagaimanap­un AFB memegang 50 peratus kepentinga­n ekuiti dalam Safeena (L) Ltd, entiti yang dikawal bersama dengan Amanahraya Investment Bank Ltd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia