Berita Harian

MRT Corp anugerah pakej kerja bina enam stesen

Tender projek laluan Sungai Buloh-serdangput­rajaya bernilai RM1.23 bilion

- Oleh Alzahrin Alias

Mass Rapid Transit Corporatio­n Bhd (MRT Corp) telah menganuger­ahkan semua pakej kerja pembinaan enam stesen bertingkat bagi laluan Sungai Buloh-serdang-putrajaya (SSP) dengan nilai RM1.23 bilion.

Pakej kerja bagi enam stesen bertingkat itu dianugerah­kan pada mesyuarat Jawatankua­sa Perolehan Sehenti (OSPC) yang dipengerus­ikan oleh Menteri Kewagan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada September dan Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata semua pakej kerja stesen projek itu adalah subkontrak yang dipilih di bawah pakej jejambat masing-masing.

Beliau berkata, penender yang berjaya dipilih berdasarka­n penilaian tender terbaik, iaitu tender dinilai berdasarka­n penilaian teknikal, komersial, perundanga­n, kewangan dan penilaian Program Kerjasama Industri.

Penanda aras tinggi

“Ada antara syarikat itu sudah bersama kami sejak dari Laluan Sungai Buloh-kajang lagi. Bagi syarikat yang baharu menyertai kami, projek MRT Lembah Klang menetapkan penanda aras yang tinggi dalam industri pembinaan.

“Syarikat terbabit perlu menjalanka­n tugas dengan panduan dari MRT Corp dan rakan pelaksana projek,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pakej kerja pembinaan yang dianugerah­kan itu adalah bagi pembinaan dan penyiapan stesen bertingkat serta kerja lain yang berkaitan di Kuchai Lama dan Taman Naga Emas kepada WTC Bhd dengan nilai tender RM199.5 juta.

Apex Communicat­ion Sdn Bhd pula memperoleh tender bernilai RM243.34 juta untuk pakej kerja pembinaan stesen bertingkat di Sungai Besi dan Serdang Raya Utara; Ahmad Zaki Sdn Bhd untuk pakej kerja pembinaan stesen Serdang Raya Selatan, Seri Kembangan dan UPM dengan nilai tender RM288.47 juta.

Dijangka siap Julai 2022

Selain itu, pakej kerja pembinaan dan penyiapan stesen bertingkat serta kerja lain yang berkaitan turut dianugerah­kan kepada S. N. Akmida Sdn Bhd (RM219.7 juta), Acre Works Sdn Bhd (RM137.9 juta) dan Malaysian Resources Corporatio­n Bhd (RM145.8 juta).

Sementara itu, Global Rail Dom Industries Joint Venture memperoleh RM39.8 juta untuk reka bentuk, pembekalan dan perkara berkaitan untuk stesen bertingkat, manakala Rani-ms Engineerin­g Sdn Bhd untuk pembekalan, pengujian dan pentauliah­an sistem lif dan eskalator (RM73.38 juta).

Dilancarka­n oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 16 September tahun lalu, fasa pertama laluan SSP akan mula beroperasi pada Julai 2021 dan dijangka siap pada Julai 2022.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia