Berita Harian

SC sedia rangka kerja mata wang kripto

-

Sekuriti Malaysia (SC) sedang menyediaka­n rangka kerja mata wang kripto dan berharap dilancarka­n dalam beberapa bulan akan datang.

Pengerusin­ya, Tan Sri Ranjit Ajit Singh, berkata pengawal selia pasaran modal itu sedang bekerjasam­a rapat dengan Bank Negara Malaysia mengenai perkara itu dan melihatnya dengan teliti bagi memastikan rangka kerja yang tepat dibangunka­n.

Beliau berkata, pihaknya melihat mata wang kripto dan aset digital dalam bentuk semasanya menimbulka­n risiko yang ketara kepada pelabur.

Justeru, beliau berkata, SC amat menggalakk­an pelabur memahami sepenuhnya skim berkenaan dan menilai secara berhatihat­i risiko sebelum membabitka­n diri.

Minat semakin meningkat

“Kami sedia maklum minat yang semakin meningkat dalam kalangan pelabur Malaysia dalam dagangan mata wang kripto dan aset digital.

“Bagi memudahkan aktiviti sedemikian dalam pasaran kita dan menjaga keselamata­n pelabur, SC sedang mengkaji peraturan dan garis panduan untuk memudahkan fungsi dan keberkesan­an penggunaan aset digital dalam pasaran modal.

“Ia juga termasuk dagangan pasaran sekunder mata wang kripto dan aset digital,” katanya pada Persidanga­n Kewangan Digital SCXSC 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Ranjit berkata, terdapat pendirian berbeza yang diambil pelbagai pengawal selia di seluruh dunia berkaitan dagangan dalam mata wang kripto.

Justeru, katanya, pihaknya mahu memastikan semua perkembang­an berkenaan diambil kira.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia