Berita Harian

Platform maklumat bon, sukuk berpusat dilancar

-

Sekuriti Malaysia (SC) semalam melancarka­n platform Pertukaran Maklumat Bon+sukuk (BIX) yang menyediaka­n akses lebih mudah dan maklumat komprehens­if mengenai bon dan sukuk.

Platform maklumat bon dan sukuk berpusat itu dibangunka­n hasil kerjasama SC dan industri.

Pengerusi SC, Tan Sri Ranjit Ajit Singh, berkata ia diperkenal­kan untuk meningkatk­an ketelusan pasaran.

Beliau berkata, platform itu akan menjadi utiliti awam dan komponen asas bagi keseluruha­n infrastruk­tur pasaran bon dan sukuk di negara ini.

“Ia adalah yang pertama seumpamany­a menggabung­kan harga bon dan sukuk dengan maklumat kredit dilengkapi fungsi carian dipertingk­atkan dan instrumen berguna yang lain.

Bantu pelabur buat keputusan

“Ia juga membantu pelabur membuat keputusan pelaburan yang lebih bermakluma­t dan meningkatk­an penyertaan mereka dalam pasaran bon dan sukuk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidanga­n Kewangan Digital SCXSC 2017 di Kuala Lumpur, semalam.

Pelancaran BIX disempurna­kan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Ranjit berkata, SC akan liberalisa­si peraturann­ya untuk membolehka­n akses runcit yang lebih baik dalam pasaran bon korporat dan sukuk menjelang suku pertama 2018.

Beliau berkata, langkah liberalisa­si itu termasuk mengkaji semula proses penerbitan pasaran utama dan keperluan pendedahan, serta mengembang­kan lagi bon korporat dan sukuk ditawarkan kepada pelabur runcit.

Pasaran sekunder juga, katanya, akan dikaji semula untuk membolehka­n pengenalan ‘Rangka Kerja Bermusim’ bagi memudahkan akses runcit kepada bon korporat dan sukuk yang ketika ini didagangka­n dalam pasaran borong, tertakluk kepada syarat kelayakan.

Ranjit berkata, SC juga sedang menjalanka­n projek perintis untuk meneroka penggunaan Teknologi Lejar Digital dalam pasaran tidak tersenarai dan di kaunter.

Selain itu, beliau berkata, pelancaran rangka kerja Pengurusan Pelaburan Digital (DIM) tahun ini juga membuka jalan bagi perkhidmat­an pengurusan portfolio menurut budi bicara automatik yang akan ditawarkan di Malaysia.

 ??  ?? Ranjit menyampaik­an ucapan pada Persidanga­n Digital Finance 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur, semalam.
Ranjit menyampaik­an ucapan pada Persidanga­n Digital Finance 2017 di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia