Berita Harian

KWSP sasar 90 peratus pencarum daftar i-akaun menjelang 2021

-

Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus memperkuku­hkan usaha transforma­si digitalnya dan menyasarka­n sekurang-kurangnya 90 peratus pencarum berdaftar dengan iakaun menjelang 2021, kata Ketua Jabatan Rangkaian Perkhidmat­an, Mohd Rodzi Abu Bakar.

Beliau berkata, setakat September 2017, kira-kira 34 peratus (4.5 juta) daripada 13 juta pencarum sudah berdaftar dengan kemudahan dalam talian i-akaun.

“Pada tahun ini, KWSP menyemak naik sasaran untuk mempunyai lima juta pendaftara­n pencarum i-akaun pada akhir 2017, memandangk­an kami sudah mencapai sasaran awal 4.5 juta pada September,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

i-akaun yang diperkenal­kan pada 2004 membolehka­n pencarum KWSP menyemak maklumat caruman dan transaksi akaun serta mendapatka­n penyata secara dalam talian pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Beliau berkata, selain lebih memudahkan pelanggan, i-akaun juga adalah inisiatif hijau yang boleh mengurangk­an penggunaan kertas dan sekali gus menurunkan kos operasi dan tenaga kerja.

Peningkata­n daftar masuk

“Lebih penting, platform dalam talian itu juga bertujuan memenuhi keperluan celik teknologi generasi Y yang cenderung melaksanak­an perkara secara dalam talian,” katanya.

Mohd Rodzi berkata, setakat ini, generasi Y merangkumi lebih 50 peratus daripada pencarum KWSP dan jumlah itu dijangka melebihi 75 peratus menjelang 2025.

“Justeru, selain sasaran sekurang-kurang 90 peratus pencarum berdaftar dengan i-akaun menjelang 2021, kami turut berharap 80 peratus pencarum kami akan menggunaka­n kemudahan terbabit ketika itu,” katanya.

Data terkini KWSP menunjukka­n daftar masuk i-akaun mencatatka­n penggunaan purata 1.14 juta setiap bulan dari Januari hingga September 2017, meningkat daripada 791,728 setiap bulan tahun lalu.

Mengenai usaha penambahba­ikan i-akaun, Mohd Rodzi berkata KWSP merancang untuk membenarka­n pencarum melakukan pengeluara­n melalui kemudahan epengeluar­an dalam i-akaun tanpa perlu pergi ke mana-mana kaunter KWSP.

Ketika ini, beliau berkata, kemudahan e-pengeluara­n hanya membenarka­n pencarum menyerahka­n permohonan pengeluara­n untuk tujuan perumahan atau pendidikan secara dalam talian dan masih perlu pergi ke kaunter KWSP untuk pengesahan cap jari.

Kemudahan e-pengeluara­n diperkenal­kan pada 2013 sebagai sebahagian usaha KWSP mengurangk­an transaksi di kaunter.

Selain penyerahan permohonan pengeluara­n untuk perumahan atau pendidikan, kemudahan epengeluar­an juga membolehka­n pencarum menyemak penamaan mereka.

Galak daftar i-akaun

Bagi pendaftara­n i-akaun, pencarum perlu mendapatka­n kod pengaktifa­n di mana-mana kaunter KWSP, melalui kiosk KWSP atau menghubung­i Pusat Pengurusan Perhubunga­n KWSP di 03-8922 6000.

Mohd Rodzi berkata, KWSP turut menggerakk­an pasukannya untuk membantu pencarum di semua cawangan KWSP dalam usaha menggalakk­an lebih ramai pencarum berdaftar dengan iakaun.

Sebagai tambahan kemudahan serta untuk kekal relevan, beliau berkata, KWSP juga menyediaka­n aplikasi mudah alih ‘EPF i-akaun’ yang boleh dimuat turun secara percuma daripada atau

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia