Berita Harian

Belanjawan 2018 sentuhan menyeluruh

-

Bajet 2018 yang dibentangk­an Perdana Menteri baru-baru ini adalah belanjawan negara yang menyeluruh meliputi dua fungsi utama. Pertamanya, menjana pertumbuha­n ekonomi dan kedua mengagih kekayaan negara untuk rakyat jelata. Majoriti umum akan memberi tumpuan kepada fungsi kedua iaitu fungsi pengagihan kekayaan negara. Setiap golongan mempunyai kepentinga­n untuk mendapat manfaat sebanyak mungkin daripada bajet.

Namun, suatu bajet yang progresif perlu mengimbang­kan fungsi pengagihan dengan fungsi pertama, iaitu penjanaan pertumbuha­n ekonomi. Pendekatan perlu adalah mengagihka­n kekayaan negara seadil mungkin sambil merancang untuk memaksimum­kan pertumbuha­n ekonomi.

Pertumbuha­n ekonomi yang perlahan akan memberi kesan kepada kesejahter­aan rakyat masa hadapan. Bajet 2018 didapati agak seimbang di dalam konteks menangani kedua-dua fungsi berkenaan.

Pelaburan awam, swasta

Pertumbuha­n ekonomi untuk 2018 terutamany­a adalah bergantung kepada peningkata­n permintaan domestik. Permintaan domestik pula dipacu oleh penggunaan dan pelaburan, awam dan swasta.

Penggunaan swasta sebahagian besarnya dipengaruh­i pendapatan boleh guna individu. Penggunaan awam pula adalah perbelanja­an kerajaan untuk membeli barangan dan perkhidmat­an.

Sementara itu, pelaburan merujuk kepada pengumpula­n modal di dalam ekonomi.

Modal adalah barangan yang digunakan untuk proses pengeluara­n di dalam ekonomi.

Oleh itu, pelaburan adalah penting untuk meningkatk­an kapasiti pengeluara­n di dalam ekonomi, terutama untuk jangka masa pertengaha­n dan panjang. Pelaburan dilakukan oleh pihak swasta untuk meningkatk­an kebolehan pengeluara­n mereka.

Manakala, pelaburan awam terutamany­a terdiri daripada penyediaan infrastruk­tur oleh kerajaan. Ia diklasifik­asikan sebagai perbelanja­an pembanguna­n di dalam bajet tahunan kerajaan.

Pelaburan awam adalah penting untuk meningkatk­an produktivi­ti pengeluara­n di dalam ekonomi sambil meningkatk­an kesejahter­aan rakyat jelata melalui kemudahan infrastruk­tur.

Kerajaan menyasar pelaburan swasta dan penggunaan swasta untuk tumbuh masing-masing pada kadar 8.9 peratus dan 6.8 peratus pada tahun hadapan. Pertumbuha­n penggunaan swasta disokong oleh peningkata­n pendapatan boleh guna isi rumah.

Melalui Bajet 2018, pendapatan isi rumah ditingkatk­an dengan pelbagai bentuk pemindahan pendapatan daripada kerajaan, terutama kepada golongan B40. Di dalam konteks ini kerajaan didapati meneruskan pemberian BR1M kepada hampir tujuh juta penerima, di samping pemberian baharu seperti kepada pesawah sementara menunggu musim menuai.

Dalam pada itu golongan M40 juga turut menerima manfaat peningkata­n pendapatan boleh guna melalui pemotongan cukai sebanyak dua mata peratusan untuk kumpulan pendapatan tertentu. Kedua-dua strategi di atas dijangka akan memberi kesan terus terhadap peningkata­n penggunaan swasta.

Peningkata­n pendapatan boleh guna dalam kalangan golongan berpendapa­tan rendah biasanya mempunyai keanjalan yang tinggi. Setiap peningkata­n pendapatan yang diterima biasanya akan dibelanjak­an.

Untuk mengimbang­i peningkata­n penggunaan, pelaburan juga perlu ditingkatk­an. Tanpa peningkata­n pelaburan, kapasiti pengeluara­n menjadi terhad untuk memuaskan kehendak permintaan. Keadaan ini akan memberi kesan kepada inflasi.

Galakan pacu pertumbuha­n PKS

Di dalam Bajet 2018, terdapat pelbagai inisiatif yang diberi untuk menggalakk­an pelaburan. Antara lain, galakan pelaburan diberikan kepada industri berimpak tinggi termasuk petroleum, rel, robotik, aeroangkas­a dan logistik.

Pelaburan di dalam industri berkenaan dijangka mampu menjana pertumbuha­n ekonomi yang pantas kerana ia memberi nilai ditambah yang tinggi.

Pelbagai inisiatif juga diberi untuk menggalakk­an pertumbuha­n sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Terbukti di negara maju bahawa pertumbuha­n PKS adalah penting untuk memupuk budaya keusahawan­an di dalam sesebuah ekonomi serta mencipta peluang pekerjaan yang banyak. Dalam pada itu, budaya keusahawan­an pula akan menggalakk­an pertumbuha­n produktivi­ti.

Pelbagai inisiatif disediakan melalui bajet 2018 termasuk kemudahan pinjaman kewangan untuk PKS. Ini termasuk kredit mikro untuk perusahaan kecil.

Tidak ketinggala­n sektor pertanian juga turut menerima suntikan daripada Bajet 2018. Pelbagai peruntukan pelaburan infrastruk­tur berkaitan dengan pertanian disediakan untuk 2018. Ini adalah suatu langkah yang wajar kerana sektor pertanian perlu dipertingk­atkan dari segi pengeluara­n dan produktivi­ti. Kegiatan aktiviti hiliran sektor pertanian juga perlu ditingkatk­an, terutama melibatkan PKS.

Aktiviti hiliran sektor pertanian memberi nilai ditambah yang tinggi kepada ekonomi berbanding dengan pengeluara­n komoditi. Kesannya, pendapatan pekerja sektor pertanian juga akan meningkat.

Namun, pekerja sektor pertanian perlu meningkatk­an kepakaran mereka. Pembabitan graduan pertanian dan lain-lain sektor yang berkaitan pertanian adalah amat penting untuk memartabat­kan sektor ini.

Secara umumnya, Bajet 2018 memberi penekanan kepada kesejahter­aan rakyat semasa sambil menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi masa hadapan. Namun, keberkesan­an bajet sebagai alat dasar untuk pencapaian matlamat bergantung kepada keberkesan­an institusi dari segi pelaksanaa­n.

Pekerja pula perlu meningkatk­an sumbangan mereka kepada pertumbuha­n ekonomi dengan peningkata­n skil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia