Berita Harian

Airasia X mulakan penerbanga­n terus ke Jaipur

-

akan memulakan perkhidmat­an penerbanga­n terus dari Kuala Lumpur ke Jaipur, ibu kota Rajasthan, India, dengan penerbanga­n empat kali seminggu bermula 5 Februari 2018.

Airasia X dalam satu kenyataan berkata, ia memulakan laluan itu dengan tambang terangkum promosi daripada serendah sehingga RM229 bagi tempat duduk ekonomi dan RM699 sehala bagi tempat duduk Premium dan dibuka untuk tempahan di airasia.com bagi tempoh perjalanan antara 5 Februari 2018 hingga 21 November 2018.

“Kami berharap ia akan menyediaka­n hubungan yang lebih baik bagi pengunjung perniagaan dan liburan untuk datang ke destinasi Asia Tenggara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia X, Datuk Kamarudin Meranun.

India, katanya, adalah pasaran sangat penting kepada syarikat penerbanga­n itu dan ia akan terus mengembang­kan perkhidmat­annya ke bandar utama di India termasuk ke bandar kecil.

Airasia X adalah syarikat penerbanga­n tambang rendah jarak jauh pertama terbang terus dari Kuala Lumpur ke Jaipur, yang dikenali sebagai ‘Pink City,’ susulan kejayaan pelancaran laluan Bangkok-jaipur pada September tahun ini yang dikendalik­an syarikat penerbanga­n sekutu jarak jauhnya, Airasia Thailand.

Manfaat pelanconga­n

“Kami memuji Airasia atas usahanya menyediaka­n hubungan antara India dan Malaysia dan membuka laluan ke Negeri Rajasthan.

“Kami yakin hubungan ini akan memberi manfaat kepada pelancong kedua-dua negara dan menyediaka­n potensi dalam bidang pelanconga­n dan perniagaan,” kata Pesuruhjay­a Tinggi India ke Malaysia, T S Tirumurti.

Jaipur, katanya, adalah antara bandar paling cantik dan indah.

“Selain menjadi ibu kota Rajasthan, Jaipur adalah bandar raya terancang pertama di India,” katanya.

 ?? [FOTO AZIAH AZMEE/BH] ?? Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X, Benyamin Ismail, (empat dari kanan) bersama Kamarudin (empat dari kiri) pada pelancaran laluan terus Airasia X ke Jaipur di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO AZIAH AZMEE/BH] Ketua Pegawai Eksekutif Airasia X, Benyamin Ismail, (empat dari kanan) bersama Kamarudin (empat dari kiri) pada pelancaran laluan terus Airasia X ke Jaipur di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia