Berita Harian

FBM KLCI menokok 1.36 mata

Jumlah dagangan naik kepada 3.0 bilion saham

-

Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam dengan minat belian sederhana.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berakhir 1.36 mata lebih tinggi pada 1,742.29 berbanding 1,740.93 ketika ditutup pada Jumaat. Indeks dibuka 2.32 mata lebih tinggi pada 1,743.25.

Pasaran dalam lingkungan negatif, saham rugi mengatasi untung pada 451 berbanding 429 dengan 383 kaunter tidak berubah, 551 tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 3.0 bilion saham, bernilai RM2.08 bilion, daripada 2.80 bilion saham bernilai RM1.97 bilion yang dicatatkan pada Jumaat.

Maybank menokok satu sen kepada RM9.25, Public Bank menambah dua sen kepada RM20.48, Petronas Chemicals naik lapan sen kepada RM7.37, Sime Darby dan CIMB tidak berubah, masingmasi­ng pada RM9.08 dan RM6.21, manakala TNB merosot lapan sen kepada RM14.82.

Saham untung, Hengyuan dan Petron, kedua-duanya meningkat, masing-masing kepada 59 sen dan 30 sen setiap satu, masing-masing kepada RM8.98 dan RM11.96, selepas harga minyak melonjak ke paras tertinggin­ya sejak Julai 2015.

Niaga hadapan Brent meningkat kepada AS$62.90 satu tong.

Antara saham aktif, Diversifie­d Solutions menokok dua sen kepada 9.5 sen, Ekovest meningkat setengah sen kepada 98.5 sen, PUC dan EA Holdings kekal, masing-masing pada 19.5 sen dan 4.5 sen, manakala Trive Property merosot 1.5 sen kepada 10 sen dan UMW Oil & Gas kurang satu sen kepada 33 sen.

Indeks FBM EMAS menokok 21.65 mata kepada 12,584.81, Indeks FBMT100 meningkat 22.01 mata kepada 12,219.49 dan FBM 70 melonjak 73.9 mata kepada 15,552.36.

Indeks FBM EMAS Syariah menambah 25.52 mata kepada 13,052.8 dan FBM ACE turun 20.83 mata kepada 6,836.44.

Mengikut sektor pula, Indeks Kewangan meningkat 4.97 mata kepada 16,288.41, Indeks Perusahaan merosot 0.62 mata kepada 3,176.99 manakala Indeks Perladanga­n menambah 77.92 mata kepada 8,068.87.

Jumlah dagangan Pasaran utama sebanyak 1.69 bilion unit bernilai RM1.90 bilion berbanding 1.69 bilion unit bernilai RM1.79 bilion pada Jumaat.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan menambah kepada 1.08 bilion saham bernilai RM148.60 juta daripada 927.9 juta saham bernilai RM166.6 juta, yang dicatatkan pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran naik kepada 207.0 juta unit bernilai RM29.68 juta daripada 171.57 juta unit bernilai RM17.20 juta.

Barangan pengguna berjumlah 77.70 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, barangan perusahaan (335.21 juta), pembinaan (112.77 juta), dagangan dan perkhidmat­an (587.82 juta), teknologi (340.35 juta), infrastruk­tur (6.19 juta), SPAC (4.39 juta), kewangan (30.79 juta), hotel (2.17 juta), hartanah (169.37 juta), perladanga­n (22.58 juta), perlombong­an (45,000), REIT (4.23 juta) dan tertutup/dana (0).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia