Berita Harian

Empat lagi identiti suspek masih bebas didedahkan

-

Shah Alam: Identiti sebenar empat lelaki masih bebas yang didakwa bersama membunuh warga Korea Utara, Kim Chol (yang didakwa sebagai abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam) dan pergerakan mereka di negara ini, didedahkan di Mahkamah Tinggi.

Pada perbicaraa­n sebelum ini, Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/klia, Asisten Superinten­dan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz, memberitah­u mahkamah, empat individu itu dikenali sebagai Mr Chang, James, Mr Y dan Hanamori yang juga dikenali sebagai Grandpa atau Uncle.

Pada prosiding itu, Wan Azirul Nizam berkata, nama empat individu berkenaan diberikan kepadanya oleh tertuduh warga Indonesia Siti Aisyah dan warga Vietnam Doan Thi Huong.

Dalam prosiding semalam, Wan Azirul Nizam berkata, nama sebenar Mr Chang ialah Hong Song Hac, 34; James (O Jong Gil), 55; Mr Y (Ri Ji Hyon), 33, manakala Hanamori ialah Ri Jae Nam, 57.

Maklumat risikan

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad pada pemeriksaa­n utama dalam prosiding semalam, saksi kesembilan pendakwaan itu berkata, nama sebenar semua suspek diperoleh melalui maklumat risikan Cawangan Khas Bukit Aman.

Song Hac memasuki Malaysia pada 31 Januari 2017, Ji Hyon pada 4 Februari, Jae Nam tiba di negara ini pada 1 Februari dan Jong Dil pada 7 Februari.

“Semua suspek keluar dari negara ini pada 13 Februari lalu iaitu pada hari Kim Chol diserang,” katanya.

Mohon waran tangkap

Wan Azirul Nizam berkata, selepas memperoleh identiti sebenar keempat-empat suspek, beliau memohon waran tangkap ke atas mereka dikeluarka­n menerusi Interpol, namun belum ada tangkapan dibuat setakat ini.

Siasatan pihaknya mendapati Song Hac, Jae Nam dan Ji Hyon keluar dari Malaysia menaiki penerbanga­n ke Jakarta pada jam 12.30 tengah hari, 13 Februari lalu.

Beliau bagaimanap­un tidak mengingati pergerakan Jong Gil kerana tidak membawa buku catatan pada prosiding semalam.

Imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada jam 2.38 petang 13 Februari menunjukka­n wakil Kedutaan Korea Utara dan pengurus syarikat penerbanga­n Air Koryo membantu pembelian tiket dan urusan keluar negara Jong Gil di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, rakaman CCTV menunjukka­n tiga suspek lain berjumpa dengan wakil kedutaan dan pegawai syarikat penerbanga­n itu pada jam 9.43 pagi hari sama di KLIA bagi tujuan sama.

“Pegawai kedutaan dan pengurus Air Koryo keluar dari KLIA menggunaka­n laluan khas yang hanya dibenarkan kepada petugas khas atau individu memiliki pas pada jam 4.15 petang,” katanya.

 ?? [FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] ?? Thi Huong (dua dari kiri) dan Siti Aisyah diiringi polis selepas menghadiri perbicaraa­n kes pembunuhan Kim Chol di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.
[FOTO MUHAMMAD SULAIMAN/BH] Thi Huong (dua dari kiri) dan Siti Aisyah diiringi polis selepas menghadiri perbicaraa­n kes pembunuhan Kim Chol di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia