Berita Harian

Ketua Pemuda UMNO maut ditikam adik

Pergaduhan dipercayai berpunca mangsa cuba lihat mesej dalam telefon suspek

- Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi dan Ryan Stanley

Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kuala Sawah di sini, Norhaidi Mat Yusop, 40, maut selepas ditikam adiknya di rumah ibu mereka di Taman Bunga Sejati di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 8 pagi itu menyebabka­n mangsa meninggal dunia ketika mendapatka­n rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Suspek berusia 31 tahun yang tidak bekerja, baru menetap di rumah ibu mereka kira-kira lima bulan lalu.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di taman perumahan sama menghantar anaknya untuk dijaga ibunya, tetapi tidak lama kemudian berlaku salah faham hingga menyebabka­n dua beradik itu bergaduh.

Abang sulung mangsa, Nor Azmi, 42, berkata, kedua-dua adiknya itu dipercayai bertengkar sebelum berlaku pergelutan kira-kira jam 8 pagi selepas arwah dikatakan cuba mengambil telefon bimbit suspek.

“Mangsa dikatakan mengambil telefon adiknya untuk melihat kandungan mesej serta orang yang berhubung dengannya selepas menyedari perubahan drastik berlaku terhadap suspek.

Taasub amalan tertentu

“Dia dikatakan kelihatan seperti taasub dengan amalan tertentu sejak bulan lalu, menyebabka­n ahli keluarga bimbang dia terpengaru­h dengan kegiatan yang bercanggah dengan agama.

“Tindakan arwah dipercayai mencetuska­n kemarahan suspek sebelum mereka bergelut dan arwah terkena pisau,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ).

Beliau berkata, ibunya yang berada di rumah ketika dua beradik itu bergelut, keluar meminta bantuan jiran, namun mendapati arwah sudah terbaring berlumuran darah apabila dia masuk semula ke dalam rumah.

Katanya, adiknya berusia 31 tahun ditahan beberapa jiran yang datang membantu, manakala Nor Haidi disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke HTJ.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin, ketika dihubungi mengesahka­n kejadian.

Jiran mereka, G Yuvarajah, 21, berkata dia terdengar jeritan ibu mangsa meminta tolong kira-kira jam 8 pagi ketika sedang tidur di rumah, lalu keluar dan ternampak suspek memegang cangkul mengejar mangsa.

“Mereka berhenti kira-kira 50 meter dari rumah dan saya yang ke tempat mereka berhenti melihat mangsa terbaring di atas jalan dengan kesan darah pada bahagian belakang badan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Di seorang lelaki berusia 21 tahun maut ketika dirawat di Hospital Sipitang akibat cedera parah di perut, dipercayai ditikam rakan sekerjanya di sebuah rumah kongsi pada jam 11.30 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Deputi Superinten­dan Sabarudin Rahmat, berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian, berlaku perselisih­an faham dan pertengkar­an di antara dua lelaki itu.

“Mangsa dikatakan mencari telefon bimbitnya di rumah suspek sebelum berlaku pertengkar­an sehingga suspek menikam rakan sekerjanya itu di perut menggunaka­n sebilah pisau.

“Akibat kejadian itu, mangsa tidak sedarkan diri dan dibawa ke Hospital Sipitang oleh rakannya, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sabarudin berkata, polis menahan suspek, lelaki tempatan berusia 36 tahun serta merampas pisau yang digunakan untuk menikam mangsa pada jam 1.30 pagi semalam.

Sipitang,

 ??  ?? Norhaidi Mat Yusop
Norhaidi Mat Yusop

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia