Berita Harian

Pengenalan tiga suspek dikenal pasti

-

Johor Bahru: Polis sudah mengenal pasti tiga suspek utama warga Bangladesh bagi membantu siasatan kes seorang wanita yang disyaki melacurkan dua anak perempuann­ya.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata semua suspek berusia 30-an itu termasuk teman lelaki kepada wanita tempatan berkenaan yang disyaki melacurkan anaknya berusia berusia lapan dan 10 tahun.

Katanya, semua suspek dipercayai sudah keluar dari Johor tetapi masih berada di dalam negara.

“Meskipun belum dapat menahan ketigatiga suspek utama itu, kita sudah mengenal pasti identiti suspek menerusi pasport mereka. Kita sudah mengambil langkah tertentu untuk menahan suspek.

“Kita percaya dapat menahan ketiga-tiga suspek utama itu dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media Hari Keluarga Ceria Bersama Pdrmcare di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, semalam.

Mengenai kanak-kanak yang menjadi mangsa pelacuran itu, Mohd Khalil berkata, mereka kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dalam keadaan stabil walaupun masih trauma.

Pada 25 Oktober lalu, polis menahan seorang wanita berusia 39 tahun kerana disyaki melacurkan dua anak perempuann­ya kepada tiga lelaki asing di sebuah hotel bajet di bandar raya ini.

Setakat ini, polis menahan tujuh lelaki warga Bangladesh berusia 28 hingga 42 tahun dan seorang lelaki tempatan yang juga majikan warga asing berkenaan berusia 48 tahun bagi membantu siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia