Berita Harian

Kastam patahkan cubaan seludup dadah RM1.92 juta dari India

-

Sepang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mematahkan tiga cubaan penyeludup­an dadah seberat 27.09 kilogram (kg) bernilai RM1.92 juta ke negara ini sejak dua minggu lalu.

Timbalan Pengarahny­a (Penguatkua­saan/pematuhan), Datuk Zulkifli Yahya, berkata semua dadah jenis methamphet­amine itu dibawa masuk dari Chennai, India dan dikesan ketika pemeriksaa­n ke atas penumpang warga negara itu oleh JKDM di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) serta klia2.

Zulkifli berkata, kes terbesar membabitka­n dadah seberat 14.05 kg bernilai RM983,500 disorokkan dalam dua tin biskut yang kemudian diisi dengan serbuk kunyit.

Katanya, pada jam 7.40 pagi kelmarin, dua lelaki berusia 43 dan 52 tahun ditahan di KLIA selepas dua daripada empat bagasi dibawa mereka mengandung­i dadah yang di sorok dalam tin biskut.

8 kali masuk ke negara ini

“Siasatan awal turut mendapati, suspek berusia 43 tahun itu sudah lapan kali masuk ke negara ini. Mereka kini direman selama 14 hari,” katanya pada sidang media di Kompleks Kastam KLIA di sini, semalam.

Zulkifli berkata, kes kedua membabitka­n rampasan dadah seberat 8.4kg bernilai RM588,000 yang dibawa masuk seorang lelaki berusia 23 tahun menerusi klia2 pada jam 5.20 pagi 2 November lalu.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati semua dadah berkenaan disorokkan dalam 35 beg kecil yang dimasukkan dalam satu daripada dua bagasi dibawanya. Suspek kini sedang direman,” katanya.

Dalam kes ketiga, JDKM menemui lima kilogram dadah bernilai RM350,000 disorok di ruang tersembuny­i dalam bagasi yang dibawa seorang lelaki berusia 53 tahun di KLIA pada 20 Oktober lalu.

“Suspek itu sudah dituduh di mahkamah dan akan dibicaraka­n selepas kita mendapat laporan dari Jabatan Kimia,” katanya.

Zulkifli berkata, semua kes berkenaan dituduh dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

 ?? [FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] ?? Zulkifli (tengah) menunjukka­n metampheta­mine yang dirampas di KLIA pada sidang media, semalam.
[FOTO AHMAD IRHAM MOHD NOOR/BH] Zulkifli (tengah) menunjukka­n metampheta­mine yang dirampas di KLIA pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia