Berita Harian

OKU didakwa kena culik ditemui mati dalam rumah

-

Ipoh: Seorang wanita kurang upaya (OKU) yang didakwa dilarikan seorang lelaki pada Jumaat lalu, ditemui mati di sebuah rumah di Regat Tasek Jaya Tiga, Taman Tasek Jaya di sini, kelmarin.

P Umageswari, 34, ditemui mati di rumah terbabit yang belum dikenal pasti pemiliknya.

Kakak mangsa yang mahu dikenali sebagai Selvi, 35, mendakwa adiknya diculik seorang lelaki di hadapan rumah keluarga mereka di Taman Kledang, Sungai Siput, kira-kira empat hari lalu.

Katanya, adiknya berkelakua­n kebudakbud­akan sejak kecil dan gemar bermain anak patung meskipun usia sudah mencecah dewasa, selain menghidap penyakit kencing manis serta sakit jantung.

“Kali terakhir saya bertemu adik pada Jumaat lalu sebelum dia disyaki dibawa lari seorang lelaki tidak dikenali dengan menaiki motosikal di hadapan rumah keluarga kirakira jam 5 petang hari sama.

Risau mangsa hilang

“Kami sangat risau selepas dia hilang tibatiba sebelum anak saudara saya memaklumka­n adik dibawa seorang lelaki dengan menaiki motosikal di hadapan rumah.

“Seharian kami cari dia di merata tempat dan menghubung­i telefon bimbitnya, namun gagal sebelum saya membuat laporan polis pada Sabtu lalu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini malam kelmarin.

Selvi berkata, petang kelmarin, telefonnya berbunyi dan mendengar suara mangsa, malah dia sempat bertanya lokasi adiknya berada.

“Dia tidak tahu di mana berada, malah kedengaran seperti sesak nafas hingga tak mampu untuk membuka pintu apabila saya minta dia menyelamat­kan diri,” katanya.

Selvi berkata, kehilangan adiknya terjawab selepas mayat mangsa ditemui mati di rumah berkenaan kira-kira jam 11 malam.

Mayat dibedah siasat

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby, ketika dihubungi mengesahka­n mayat mangsa ditemui dan dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

“Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian” Mohd Ali Thamby, Ketua Polis Daerah Ipoh

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia