Berita Harian

Pemilik gerai kreatif menang pertanding­an anjuran NSTP

Mohd Ibrahim raih baucar RM1,000 tewaskan 140 peserta dari seluruh negara sempena ulang tahun ke-60 BH

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin hanneeyzah@bh.com.my

Seorang penjual akhbar dari daerah ini muncul pemenang tempat pertama Pertanding­an Peragaan Kedai anjuran Jabatan Pengedaran dan Jualan Akhbar The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), sempena ulang tahun ke-60 BH.

Mohd Ibrahim, 61, yang mempunyai pondok jualan di Jalan Sultan Omar di sini, menewaskan 140 pesaing di seluruh negara.

Dengan kemenangan itu, beliau menerima hadiah baucar beli-belah bernilai RM1,000.

“Terima kasih BH. Tidak sangka dalam banyak penyertaan di seluruh negara, gerai saya memenangi tempat pertama,” katanya selepas menerima hadiah disampaika­n oleh Pengurus Jualan Jabatan Jualan Akhbar dan Pengedaran NSTP Terengganu, Fazleesham Mohd Yunus di sini, semalam.

Menang baucar beli-belah

Tempat kedua turut dimenangi penjual akhbar dari Kuala Terengganu, Tengku Fadzil Tengku Husin manakala ketiga dari Pulau Pinang, Hadariah Yahaya, masing-masing menerima hadiah baucar beli-belah bernilai RM750 dan RM500.

Pertanding­an itu diadakan sempena ulang tahun BH ke-60, bagi menghargai penjual akhbar, selain menggalakk­an mereka meningkatk­an kehadiran produk dan daya tarikan di setiap gerai jualan, sekali gus membantu menarik pelanggan dan meningkatk­an jualan akhbar.

Sebanyak 140 penyertaan di seluruh negara diterima penganjur dan hadiah disediakan sehingga tempat ke-21, dengan setiap pemenang sagu hati dapat baucar beli-belah bernilai RM250.

Mohd yang sudah 35 tahun menjual akhbar keluaran NSTP dan menjadi antara penjual akhbar BH yang terbanyak di daerah ini, berkata walaupun jualan akhbar semakin menurun, BH tetap mempunyai pengikut dan peminat tersendiri.

“Setiap hari saya mengambil 170 akhbar BH untuk jualan termasuk diedarkan di pejabat sekitar bandar raya ini.

“Usia saya sebaya dengan BH dan sudah tentu selepas sekian lama menjadi penjual akhbar, saya berasakan diri sebagai sebahagian warga BH dan akhbar ini amat dekat di hati saya,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] ?? Fazleesham (dua dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada Mohd Ibrahim (dua dari kanan) selepas muncul juara dalam Pertanding­an Peragaan Kedai di Kuala Terengganu, semalam.
[FOTO MOHD SYAFIQ RIDZUAN AMBAK/BH] Fazleesham (dua dari kiri) menyampaik­an hadiah kepada Mohd Ibrahim (dua dari kanan) selepas muncul juara dalam Pertanding­an Peragaan Kedai di Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia